Page 79 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 79
Umum, 2018). Selain itu, dilaporkan juga bahawa sebanyak 14,000 kes buli di sekolah di antara
tahun 2012 dan 2015 (Parlimen Malaysia, 2017). Statistik kes buli adalah seperti dalam Jadual
5 bawah:
Jadual 5
Statistik kes buli di sekolah di Malaysia di antara tahun 2012 sehingga 2017
Tahun Jumlah
2012 4,159
2013 4,120
2014 2,825
2015 3,011
2016 3,488
2017 2,795
Sumber Rujukan: (Berita Harian, 2018; Parlimen Malaysia, 2018, p. 5; Sinar Online, 2017)
Statistik berkenaan kes salah laku termasuk kes buli di Malaysia masih tinggi walaupun
terdapat trend penurunan sejak 2012. Kes ponteng sekolah masih dominan dengan tiga faktor
utama kepada kes ponteng, iaitu (1) tidak berminat ke sekolah, (2) mempunyai masalah
keluarga, dan (3) isu kemiskinan (Muzdalifah, 2017). Ketiga-tiga faktor itu melibatkan isu
sosial dan emosional. Justeru, keperluan dalam menerapkan PSE menjadi sangat signifikan.
Dalam mengatasi masalah gejala salah laku dan masalah disiplin ini juga, kerajaan
Malaysia telah menggiatkan program pendidikan khusus seperti kempen anti-dadah, pameran,
pertandingan dan lain-lain anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia, berserta program pendidikan kesihatan mental oleh agensi
di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun, Merrel, Ervin dan Gimpel
(2006) menyatakan bahawa menjalankan satu-satu program bagi mengatasi isu tertentu tidak
mencukupi, dan tidak berkesan dalam mengurangkan masalah sosial dan emosional atau
permasalahan melibatkan kesihatan mental. Tambahan pula program seperti itu dilihat bersifat
one-off, dan tiada program atau aktiviti susulan, malah tidak melibatkan semua murid di
sekolah. Justeru, program seperti ini tidak dianggap penting seperti mana kurikulum akademik
di sekolah (Pennsylvania State University, 2017)
Di Malaysia, selain program yang bersifat kokurikulum, penerapan PSE dilihat juga
menggunakan pendekatan penyerapan dalam kurikulum akademik secara langsung melalui
beberapa mata pelajaran tertentu dan dilaksanakan dalam bilik darjah. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ada menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan (PK), Pendidikan
Moral (PM), Pendidikan Agama Islam (PAI) sebagai mata pelajaran yang wajib diikuti oleh
murid.
Selain itu, terdapat elemen Kelestarian Global yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai 2017 dalam KSSR (semakan) dan KSSM di seluruh negara. Kelestarian Global
merangkumi tiga elemen iaitu elemen penggunaan dan pengeluaran lestari, elemen
kewarganegaraan global, dan elemen perpaduan. Pendekatan yang dicadangkan adalah secara
langsung dan secara sisipan. Dalam pendekatan langsung, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
Kelestarian Global dikenal pasti dan diajar melalui mata pelajaran seperti Sains dan Geografi.
Dalam kaedah sisipan, elemen Kelestarian Global diserapkan melalui pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran yang bersesuaian dengan tema, bidang atau tajuk mata pelajaran
berkenaan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016c). Secara umumnya, objektif Kelestarian
Global juga menyentuh beberapa kompetensi sosial dan emosional (KSE). Contohnya,
pendidikan penggunaan dan pengeluaran lestari dapat memberi kesedaran kepada murid supaya
70

