Page 78 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 78

Jadual 3
               Statistik Kes salah laku yang dilaporkan KPM pada 2017

                           Jenis salah laku                   Peratus          Jumlah
                           Ponteng sekolah                    1.40%            67,053
                           Kurang sopan                       0.29%            14,509
                           Tidak pentingkan masa              0.28%            13,415
                           Kekemasan diri                     0.23%            10,946
                           Rokok                              0.18%            8,514
                           Berunsur jenayah                   0.14%            6,917
                           Kenakalan                          0.12%            5,825
                           Buli                               0.06%            2,795
                           Berunsur kelucahan                 0.05%            2,266
                           Laku musnah (vandalisme)           0.04%            1,868

                                     Sumber rujukan: (Astro Awani, 2018; Parlimen Malaysia, 2018)

                       Menurut  Agensi  Anti  Dadah  Kebangsaan  (2018)  pula,  lebih  95%  kes  berkaitan
               penyalahgunaan dadah juga bertambah dengan empat faktor terbesar berpunca daripada faktor
               berkaitan sosial dan emosional, iaitu kerana (a) pengaruh kawan, (b) perasaan ingin tahu, (c)
               untuk mencari keseronokan, dan (d) tekanan jiwa, dipaparkan dalam Jadual 4.

               Jadual 4
               Statistik kes penyalahgunaan berdasarkan Sebab Guna Dadah dari 2013 – 2017

                                                                                               Purata
                     Sebab Guna Dadah         2013      2014     2015     2016     2017
                                                                                           Peratusan (%)
                      Pengaruh kawan         11,935    13,466  16,943  17,990  16,209          60.7%
                    Perasaan ingin tahu       3,824     3,221    4,523    5,618    4,813       17.4%
                    Untuk keseronokan         1,663     2,270    2,550    3,944    3,323       10.9%
                       Tekanan jiwa           2,566     1,986    1,572    1,910    1,214       7.3%
                    Menahan kesakitan          458       461      617     698       345        2.0%
                        Rangsangan             185       174      206     145        39        0.6%
                    Secara tidak sengaja       19        25        9       17        8         0.1%
                         Lain-lain*            711       752     1059     1442      840        3.8%
                          Jumlah             20,887    21,777  26,668  30,884  25,922

                                               Sumber rujukan: Agensi Anti Dadah Kebangsaan, (2018)

               Nota:  *Kategori  lain-lain  termasuk  agresif,  berasaskan  pekerjaan,  hiburan,  kurang  didikan  agama,  masalah  kewangan,
               melangsingkan badan, penderaan, perubatan, rindu, seks, teraniaya tiada ilmu tentang bahaya dadah, untuk belajar, dsbnya.

                       Kajian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Kesihatan Umum
               yang  melibatkan  40,087  murid  sekolah  menengah  dan  sekolah  rendah  di  Malaysia  pula
               melaporkan bahawa 1 daripada 25 murid sekolah menengah di Malaysia pernah terlibat dalam
               penggunaan dadah terlarang, manakala 1 daripada 6 remaja mengaku pernah dibuli. 1 daripada
               5 murid tingkatan 1 menyatakan pernah dibuli dan 1 daripada 10 murid tingkatan 1 juga pernah
               mencuba untuk membunuh diri. Dalam konteks kesihatan mental pula, laporan ini melaporkan
               bahawa  1  daripada  5  remaja  menghadapi  kemurungan,  2  daripada  5  remaja  menghadapi
               kebimbangan  (anxious),  dan 1 daripada 10 remaja menghadapi  tekanan  (Institut Kesihatan


                                                            69
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83