Page 80 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 80

lebih  bertanggungjawab  kepada  sosial,  ekonomi  dan  alam  sekitar.  Dalam  pendidikan
               kewarganegaraan  global  pula  meletakkan  domain  pembelajaran  kognitif,  sosio-emosi  dan
               tingkah laku. Ketiga-tiga domain ini mempunyai ciri KSE seperti saling hormat-menghormati,
               serta bertindak secara bertanggungjawab untuk komuniti setempat, negara dan global. Dalam
               pendidikan perpaduan pula, ketiga-tiga konstruk utamanya, iaitu menerima, menghormati dan
               mengurus kepelbagaian adalah elemen penting dalam KSE.
                       Walau bagaimanapun, Lee et al. (2015) menyatakan bahawa penerapan PSE dalam bilik
               darjah tidak akan menunjukkan hasil yang memberangsangkan disebabkan reka bentuk PSE
               dalam kurikulum tidak menjadi keutamaan, di samping perancangan untuk pelaksanaannya
               tidak diberikan perhatian sewajarnya. Shanmugasundaram & Mohamad, (2011) juga bersetuju
               bahawa kemenjadian murid dalam konteks keseimbangan emosi seperti yang dieksplisitkan
               dalam  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  sering  kali  tidak  menjadi  tumpuan  disebabkan
               masyarakat  meletakkan  keutamaan  dan  pemberatan  keterlaluan  dalam  pencapaian  markah
               peperiksaan.  Ini  ditambah  pula  dengan  ketiadaan  latihan  yang  khusus  dalam  konteks
               pembelajaran sosial dan emosional kepada guru yang mengajar (Lee et al., 2015). Malah, kajian
               Lee et al. (2015) juga memetik bahawa guru tidak menyedari pun penyepaduan PSE dalam
               Pendidikan Kesihatan. Oleh yang demikian, perubahan  yang paling teras bukanlah sekadar
               memasukkan istilah tertentu atau mengeksplisitkan istilah PSE dalam dokumen kurikulum,
               tetapi  lebih  penting  untuk  mengubah  paradigma  tentang  pendidikan  itu  sendiri,  khususnya
               untuk meningkatkan penyepaduan elemen PSE dalam pendidikan STEM.
                       Jelasnya, usaha penerapan PSE memang sudah terdapat dalam kurikulum KSSR dan
               KSSM  yang  mula  dilaksanakan  pada  tahun  2017,  namun  elemen  PSE  ini  tidak  mendapat
               perhatian  yang  utama  bermula  daripada  reka  bentuk  kurikulum,  dan  membawa  kepada
               kekurangan  bahan  sokongan  dan  latihan  keguruan  yang  berkaitan.  Sesungguhnya,  untuk
               menghadapi  cabaran RI4.0, sistem pendidikan kebangsaan perlu menyediakan modal insan
               yang punya kompetensi sosial dan emosional, justeru paradigma pendidikan STEM juga perlu
               berubah kepada suatu yang lebih memanusiakan seterusnya melahirkan masyarakat adi pintar
               pada masa hadapan.

                                                     KESIMPULAN

                       Artikel ini telah meninjau tentang keperluan paradigma baharu melalui pembelajaran
               sosial  dan  emosional  bagi  mendepani  cabaran  revolusi  perindustrian  keempat  (RI4.0),  dan
               persediaan dalam melahirkan masyarakat adi pintar atau masyarakat 5.0 pada masa hadapan.
               Walau bagaimanapun, pada waktu ini, secara umumnya kualiti lepasan pelajar dipersoalkan
               oleh  penerima  bakat  seperti  industri  dengan  bertambahnya  masalah  pengangguran.  Kualiti
               kemanusiaan  terus  menjadi  persoalan  apabila  kesenjangan  kemahiran  abad  ke-21  terutama
               dalam mendepani cabaran RI4.0 semakin besar. Kemahiran abad ke-21 yang penting adalah set
               kemahiran sosial dan emosional, namun kurang mendapat perhatian sewajarnya dalam reka
               bentuk kurikulum kebangsaan, termasuk dalam pendidikan STEM.
                       Daripada  aspek  kemenjadian  hasil  sistem  pendidikan,  bilangan  graduan  STEM
               dilaporkan semakin mengecil dan merosot, sedangkan sejak 1970, pendidikan STEM menjadi
               kerangka  utama  dengan  hasrat  mencapai  60%  murid  dalam  bidang  STEM,  manakala  40%
               murid dalam bidang bukan-STEM. Dasar dan pendekatan STEM tersebut, sehingga kini buntu
               dalam mencapai  matlamatnya. Jelasnya, kegusaran ini berterusan apabila pada masa sama,
               amalan  pendidikan  STEM  di  sekolah  masih  diajar  secara  konvensional,  berorientasikan
               peperiksaan, bersifat didaktik, dan diajar secara berasing-asingan (Akademi Sains Malaysia,
               2015, p. 78).
                       Walaupun STEM perlu diteruskan sebagai pemacu kepada cabaran dan ekonomi masa
               hadapan,  paradigma  pendidikan  STEM  perlu  diubah  dengan  penegasan  kepada  kualiti


                                                            71
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85