Page 76 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 76

pelaksanaan  PSE  secara  langsung;(3)  mewujudkan  polisi  dan  perubahan  sistemik  dalam
               struktur organisasi persekolahan yang menyokong pembangunan PSE dalam kalangan warga
               sekolah, dan (4) mengadakan kursus khas  PSE secara langsung secara  stand-alone. Walau
               bagaimanapun, keempat-empat pendekatan ini, bukanlah suatu yang bersifat saling eksklusif,
               malah  boleh  dibuat  secara  bersepadu  atau  berdasarkan  keperluan  dan  kepentingan  pihak
               berkaitan (CASEL, 2015).
                       Kajian  Durlak,  Weissberg,  Dymnicki,  Taylor,  dan  Schellinger  (2011)  dan  Durlak,
               Weissberg, dan Pachan (2010) pula merumuskan bahawa strategi yang paling efektif dalam
               menjalankan  program  penerapan  PSE  perlulah  memenuhi  elemen-elemen  berikut,  iaitu  (1)
               berturut-turut,  iaitu  aktiviti  yang  berstruktur  dan  berorganisasi  dalam  mempromosikan
               pembangunan kemahiran, (2) aktif,  iaitu pembelajaran bersifat aktif dalam membantu murid
               menguasai kemahiran baharu, (3) berfokus, iaitu komponen yang menekankan pembangunan
               kemahiran PSE diwujudkan, dan (4) eksplisit, iaitu kemahiran sosial dan emosional (KSE) yang
               spesifik disasarkan. Dalam dokumen yang sama, mereka turut menerangkan bahawa program
               PSE  yang  dibangunkan  berdasarkan  teori  tertentu  juga  tidak  menjanjikan  kejayaan  positif,
               tetapi sangat bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan (CASEL, 2015).
                       Daripada  perspektif  impak  PSE  dalam  amalan  persekolahan,  kajian  meta-analisis
               pertama  berskala  besar  yang  dijalankan  oleh  Durlak,  Weissberg,  Dymnicki,  Taylor  dan
               Schellinger  (2011)  terhadap  213  jenis  program  intervensi  PSE  yang  bersifat  universal  dan
               berasaskan sekolah, serta melibatkan 270,034 murid dari tahap pra-sekolah sehingga ke sekolah
               tinggi  menjadi  sangat  signifikan.  Antara  persoalan  kajian  yang  difokuskan  adalah  seperti
               ‘apakah hasil yang bakal dicapai melalui intervensi yang menjuruskan kepada perkembangan
               kemahiran sosial dan emosional murid?’ dan ‘adakah intervensi PSE mempromosikan hasil
               yang positif dan menghalang masalah akan datang?’ Dapatan kajian mereka menunjukkan PSE
               memberikan kesan positif secara signifikan ke atas kemahiran sosial dan emosional, sikap,
               pelakuan, dan pencapaian akademik sehingga 11% berbanding murid yang tidak mengikuti
               PSE.
                       Ini dapat disokong oleh satu lagi kajian analisis kos-faedah program PSE oleh Universiti
               Colombia yang menunjukkan purata pulangan pelaburan (ROI) bagi program PSE ialah $11
               untuk  $1  yang  dilaburkan  (Belfield  et  al.,  2015;  Industry  Agenda,  2016).  Kajian  ini  juga
               menyokong dapatan sebelumnya oleh Schonert-Reichl dan Hymel (2007) yang menegaskan
               hubungan  positif  dan  signifikan  antara  program  intervensi  PSE  dengan  kejayaan  sekolah.
               Definisi ‘kejayaan sekolah’ yang dimaksudkan adalah luas termasuk ‘sikap sekolah’ seperti
               motivasi dan tanggungjawab sekolah, ‘tindakan sekolah’ seperti isu kehadiran ke sekolah, isu
               berkaitan  disiplin  murid,  serta  ‘pencapaian  sekolah’  yang  melibatkan  gred,  pencapaian
               peperiksaan dan akademik.
                       CASEL  (2003)  juga  telah  menjalankan  kajian  ke  atas  80  pelbagai  bentuk  program
               intervensi PSE dengan 34% daripadanya merangkumi program intervensi bersifat penerapan
               langsung PSE ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kurikulum akademik.
               Dapatan  menunjukkan  bahawa  83%  daripada  program  tersebut  menunjukkan  peningkatan
               dalam  pencapaian  akademik,  walaupun  12%  daripada  program  ini,  sebenarnya  tidak
               meletakkan fokus kepada pencapaian akademik. Kajian Jones, Greenberg dan Crowley (2015)
               pula melaporkan kesan jangka panjang intervensi program pembelajaran sosial dan emosional
               melalui Projek Fast Track. Projek ini dijalankan ke atas murid pra-sekolah yang dikenal pasti
               sebagai  berisiko  tinggi  dalam  masalah  dan  gangguan  kelakuan  (behavioral  problems  and
               conduct disorder). Kajian selama hampir 20 tahun bermula 1991, dan melibatkan 753 sampel,
               menunjukkan bahawa terdapat kesan signifikan PSE dengan kesejahteraan hidup pada masa
               hadapan  merentasi  domain  seperti  pendidikan,  pekerjaan,  aktiviti  melibatkan  jenayah,
               penggunaan bahan terlarang (dadah), dan kesihatan mental.




                                                            67
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81