Page 85 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 85
Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Penggunaan ICT Dalam Kalangan
Guru
2
3
4
1
Brian Kennedy Anak Ayoi , Gloria Anak Ajit , Katini Medik , Mersir Sarap ,
Uging Gadong 5
1,2,3,4 Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 briankennedy2501@gmail.com, gloriaajit14@gmail.com, katiemedik@yahoo.com,
3
2
4 mersir.sarap@gmail.com, uginggadong@yahoo.com.my
5
Abstrak
Kajan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan guru dari aspek penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 di sekolah dan
dalam kehidupan seharian. Kajian deskriptif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan
instrumen soal selidik yang melibatkan seramai 100 orang guru yang berkhidmat di luar
bandar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS V22, dengan mengunakan statistik
deskriptif, iaitu frekuensi, min serta sisihan piawai. Secara keseluruhannya, kajian ini telah
menunjukkan kesemua responden menggunakan ICT dalam kehidupan sehariannya namun
kadar penggunaan setiap peranti ICT berbeza-beza bagi setiap individu. Kesemua sekolah
dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 4 peralatan ICT di sekolah namun demikian ICT masih
lagi kurang digunakan dalam menyampaikan PdPc di bilik darjah berbanding dalam peringkat
merancang PdPc. Aplikasi teknologi dalam PdPc perlu diperluaskan memandangkan
penerapan ICT dalam PdPc telah terbukti efektif dan merupakan pemudahcara dalam
menyampaikan isi pelajaran.
Kata Kunci: Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
PENGENALAN
Dewasa ini, reka bentuk pendidikan yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar abad ke-
21 telah menjadi buah mulut terutama dalam bidang pendidikan. Rata-rata pakar pendidikan
bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah seiring dengan
perkembangan teknologi siber dan akses kepada Internet yang semakin maju. Hal ini kerana
integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi sebahagian dari rutin harian
individu dalam pelbagai peringkat umur. Kaedah pengajaran tradisional semata-mata dilihat
kurang sesuai dengan perkembangan semasa. Pengajaran menggunakan peralatan ICT yang
lebih moden, relevan dan menarik lebih sesuai dengan situasi kini.
Transformasi pendidikan pada abad ke-21 harus melibatkan semua pihak yang berkaitan
dengan dunia pendidikan. Perubahan dalam pendidikan sentiasa berlaku mengikut perubahan
masa dan perkembangan teknologi semasa. Globalisasi dan penggunaan teknologi dalam
pendidikan yang sedang dan akan berkembang ini juga telah mengarah kepada pengajaran yang
berpusatkan murid (Sarkar, 2012) yang secara tidak langsung mencetuskan kemahiran berfikir
secara kritis dalam kalangan murid. Maka, para guru wajar bersedia dan terbuka terhadap
perubahan ini. Perubahan ini juga harus dikendalikan dengan cekap agar mampu menghasilkan
PdPc yang sesuai dengan keperluan pelajar abad ke-21. Guru-guru yang efektif harus sedar
bahawa pelajar masa kini lebih cenderung pada bentuk pengajaran yang menarik, lebih ‘hidup’
dan interaktif (Kamarul et al., 2011).
Kemahiran mengakses maklumat melalui media dan teknologi perlu dikuasai oleh
kedua-dua guru dan pelajar oleh kerana kemahiran tersebut perlu dalam proses pembelajaran
76

