Page 86 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 86
pada abad ke-21. Oleh yang demikian, satu medium yang sesuai harus dirangka untuk
menggalakkan para guru agar menggunakan kemahiran ICT mereka untuk membantu murid
mencapai objektif pendidikan, yang mana bukan hanya melihat pada pencapaian secara
akademik semata-mata tetapi mengambil kira pencapaian dari aspek lain. Pelaksanaan
penggunaan I-Think dan VLE-frog adalah salah satu bentuk galakan pihak kerajaan agar guru
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Termit & Noorma,
2015).
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan ICT telah meningkatkan persaingan dan tidak ketinggalan, kolaborasi
secara global (Pheeraphan, 2013). Dunia sememangnya terletak di hujung jari. Hal ini kerana
informasi dari serata dunia dapat diakses hanya dengan sekali tekan. Kepesatan globalisasi dan
perkembangan teknologi ini berlaku dengan pantas di serata dunia. Lantaran itu, tidak wajarlah
jika para pendidik dan sekolah menolak perkembangan teknologi ini dan terus ketinggalan
dalam globalisasi. Guru-guru seharusnya menerima perubahan ini dan mengaplikasikan ICT di
dalam bilik darjah sebagaimana ICT perlu digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana
murid juga hidup dalam kepesatan perkembangan ICT di mana mereka telah didedahkan
dengan peralatan ICT lebih awal di rumah. Jadi, pendedahan awal oleh ibu bapa terhadap murid
ini merupakan satu kelebihan apabila menggunakan ICT dalam PdPc.
ICT bukanlah sesuatu yang asing bagi pendidik kerana teknologi ini telah banyak
digunakan sebagai sumber pengajaran di dalam bilik darjah. Peralatan ICT yang disediakan di
kebanyakan sekolah termasuklah makmal komputer, komputer, komputer riba, televisyen dan
juga LCD projektor. Kemudahan ICT ini disediakan di semua sekolah bagi menyokong para
guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran bersesuaian dengan perkembangan
teknologi pada abad ke-21. Pernyataan ini disokong oleh beberapa kajian yang lepas yang
menunjukkan wujudnya aplikasi ICT dalam PdPc. Dalam kajian Azidah et al., (2011), ICT
digunakan dalam mata pelajaran Sains Tahun 4 dan menunjukkan kesan positif dalam
meningkatkan penguasaan pelajar berdasarkan objektif PdPc. Hal ini berikutan penggunaan
ICT menarik minat pelajar sekaligus mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran. Begitu
juga, kajian Bambang et al. (2012) dalam mata pelajaran Sains menengah rendah di Indonesia
menunjukkan penggunaan ICT adalah penting penting kerana guru-guru banyak menggunakan
sumber dari Internet bagi membantu pengajaran mereka. Lambakan maklumat dari pelbagai
sumber seluruh dunia dapat diakses dan dipilih untuk membantu proses pembelajaran. Selain
itu, hasil dapatan kajian Siti (2015) menunjukkan penggunaan ICT dalam mata pelajaran
Ekonomi di institusi pengajian tinggi berupaya mencetuskan pemikiran kreatif dalam kalangan
mahasiswa. Begitu juga, penggunaan ICT dapat meningkatkan kemahiran belajar pelajar abad
ke-21 (Pheeraphan, 2013). Hal ini kerana ICT membolehkan guru dan juga murid mengakses
pelbagai maklumat yang diperlukan. Persediaan pengajaran juga menjadi lebih mudah dan
menjimatkan masa apabila menggunakan komputer dan juga Internet. Walau bagaimanapun,
guru dan juga murid haruslah bijak memilih lambakan maklumat agar informasi yang diperoleh
sah dan relevan dengan apa yang dikehendaki.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan guru dari aspek penggunaan ICT dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 di sekolah.
77

