Page 90 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 90

peralatan LCD projector dan 15% responden yang mepunyai kemudahan televisyen. Kajian ini
               menunjukkan kemudahan ICT disediakan di sekolah-sekolah namun menurut kajian Williams-
               Hamilton  &  West  (2013),  kemudahan  ICT  yang  disediakan  di  sekolah  lebih  pelbagai
               termasuklah clickers (sistem maklum balas pelajar), document camera, iPod dan e-reader.
                      Dalam kajian Kolikant (2012), ICT kurang diaplikasikan oleh pelajar di sekolah. Namun
               demikian, mereka mempunyai akses terhadap komputer dan Internet di rumah. Dapatan kajian
               ini  menunjukkan  sebanyak  76%  pelajar  berpendapat  pengunaan  Internet  adalah  mudah,
               menarik dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar berpendapat bahawa Internet memudahkan
               mereka untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan. Walau bagaimanapun, pelajar
               dalam kajian ini juga sedar wujudnya cabaran menggunakan komputer dan kemudahan Internet
               terutama semasa pengajaran dan pembelajaran, iaitu pelajar cenderung melakukan aktiviti lain
               selain yang dikehendaki oleh guru. Berdasarkan dapatan ini, kemudahan ICT kurang digunakan
               di sekolah kerana interaksi antara guru dan pelajar lebih penting di dalam PdPc. Pelajar lebih
               selesa menggunakan komputer di  rumah untuk  menyiapkan tugasan berbanding di  sekolah
               kerana mereka lebih suka menumpukan perhatian terhadap guru di sekolah.


               Jadual 4
               Kemudahan ICT yang digunakan dalam PdPc

               Penggunaan ICT dalam PdPc                        Frekuensi           Peratusan  (%)
               Komputer

                     Ada                                            12                    12
                     Tiada                                          88                    88
               Komputer riba

                     Ada                                            82                    82
                     Tiada                                          18                    18
               Smart board

                     Ada                                            0                      0
                     Tiada                                         100                    100
               LCD Projector

                     Ada                                            12                    12
                     Tiada                                          88                    88

               Televisyen
                     Ada                                            1                      1
                     Tiada                                          99                    99

               Webcam
                     Ada                                            0                      0

                     Tiada                                         100                    100

                      Jadual 4 menunjukkan kemudahan ICT yang digunakan dalam proses pembelajaran dan
               pengajaran  (PdPc).  Didapati  82%  responden  menggunakan  komputer  riba,  12%  responden
               menggunakan  komputer,  12%  responden  menggunakan  LCD  projector  manakala  1%


                                                            81
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95