Page 88 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 88

Pengalaman mengajar
                     1 – 10 tahun                                   62                     62

                     11 – 20 tahun                                  26                     26
                     21 – 30 tahun                                  12                     12


                      Berdasarkan Jadual 1, responden kajian terdiri dari 100 orang, iaitu 30 daripadanya
               merupakan guru sekolah rendah manakala 70 orang adalah guru sekolah menengah. Kesemua
               responden  mengajar  di  sekolah  yang  terletak  di  luar  bandar.  Seramai  19  orang  responden
               merupakan  guru  lelaki  manakala  81  lagi  merupakan  guru  wanita.  Rata-rata  responden
               mempunyai  umur  pada  julat  20  hingga  50  tahun,  iaitu  30%  responden  berumur  dalam
               lingkungan 20 hingga 30 tahun, 46% responden berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun
               manakala  24%  responden  berusia  dalam  lingkungan  41  hingga  50  tahun.  Berdasarkan
               pengalaman mengajar, kebanyakan responden kajian ini mempunyai pengalaman mengajar dari
               satu sehingga 10 tahun (62%), sebanyak 26% responden mempunyai pengalaman mengajar
               dalam  lingkungan  11  hingga  20  tahun  manakala  12%  responden  mempunyai  pengalaman
               mengajar dari 21 hingga 30 tahun.

               Jadual 2
               Penggunaan ICT dalam kehidupan seharian


                                                                Frekuensi           Peratusan  (%)

               Penggunaan ICT
                     Ya                                            100                    100
                     Tidak                                          0                      0

               Komputer / komputer riba
                     Kerap / Sepanjang masa                         52                    52
                     Selalu                                         30                    30

                     Tidak pernah                                   18                    18
               Telefon pintar

                     Kerap / Sepanjang masa                         52                    52
                     Selalu                                         48                    48
                     Tidak pernah                                   0                      0

               Tablet
                     Kerap / Sepanjang masa                         38                    38

                     Selalu                                         14                    14
                     Tidak pernah                                   48                    48
                E – book

                     Kerap / Sepanjang masa                         0                      0
                     Selalu                                         35                    35
                     Tidak pernah                                   65                    65



                                                            79
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93