Page 87 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 87

Objektif kajian ini ialah:

                  i.    Mengenalpasti amalan penggunaan ICT dalam kalangan guru.
                  ii.   Mengenalpasti amalan penggunaan ICT di bilik darjah dalam kalangan guru.

               Soalan kajian ini ialah:
                   i.   Apakah tahap penggunaan ICT dalam kalangan guru?

                  ii.   Apakah tahap penggunaan ICT di bilik darjah dalam kalangan guru?


                                                    METODOLOGI

                      Reka bentuk kajian deskriptif ini menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan dalam
               kajian ini adalah kaedah penyelidikan yang melibatkan penggumpulan data kuantitatif melalui
               instrumen  soal  selidik.  Pemilihan  kajian  tinjauan  sebagai  reka  bentuk  kajian  ini  adalah
               bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian.
                      Bilangan sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 100 orang, iaitu guru-guru
               yang berkhidmat di sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar di negeri Sarawak. Pemilihan
               guru-guru ini dilakukan secara rawak dan kedua-dua jantina dilibatkan dalam kajian ini. Guru-
               guru diminta mengisi borang soal selidik yang telah diedar oleh penyelidik.
                      Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini diubah suai dari soal
               selidik  Williams-Hamilton  &  West  (2013)  yang  mengandungi  soalan-soalan  berkenaan
               penggunaan ICT dalam kalangan guru dalam kehidupan seharian dan juga di dalam bilik darjah.
               Kajian rintis telah dilakukan lebih awal terhadap 50 orang guru. Hasil analisis menggunakan
               Cronbach  Alpha  menunjukkan  nilai  0.791  iaitu  semua  instrumen  adalah  sah  dan  boleh
               digunakan kerana mempunyai nilai melebihi 0.70. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
               SPSS V22, dengan mengunakan statistik deskriptif, iaitu frekuensi, min serta sisihan piawai.


                                          DAPATAN DAN PERBINCANGAN

               Jadual 1
               Profil demografi responden


               Demografi                                        Frekuensi            Peratusan  (%)
               Sekolah
                     Sekolah rendah                                 30                     30

                     Sekolah menengah                               70                     70
               Jantina
                     Lelaki                                         19                     19

                     Perempuan                                      81                     81
               Umur
                     20 – 30 tahun                                  30                     30

                     31 – 40 tahun                                  46                     46
                     41 – 50 tahun                                  24                     24



                                                            78
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92