Page 89 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 89

Jadual 2 menunjukkan analisis deskriptif penggunaan ICT dalam kehidupan seharian
               responden. Hasil kajian menunjukkan kesemua responden (100%) menggunakan ICT dalam
               kehidupan seharian mereka. Beberapa kemudahan ICT yang disenaraikan bagi mengenalpasti
               jenis kemudahan ICT yang digunakan, termasuklah komputer dan komputer riba, telefon pintar,
               tablet / I-Pad, dan e-book namun antara peralatan yang paling kerap digunakan oleh responden
               ialah komputer / komputer riba (52%), telefon pintar (52%) dan tablet / I-Pad (38%). Dapatan
               kajian  ini  selari  dengan  kajian  Williams-Hamilton  &  West  (2013)  iaitu  kebanyakan  guru
               menggunakan ICT dalam kehidupan seharian mereka. Evolusi dalam teknologi komunikasi
               menyebabkan penggunaan telefon pintar secara meluas menggantikan telefon bimbit dalam
               pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira golongan muda mahupun golongan tua. Penyebaran
               penggunaan  telefon  pintar  menggantikan  telefon  bimbit  tradisional  ini  menyebabkan  akses
               kepada  Internet  mudah  alih menjadi  mudah serta menjadikan banyak maklumat  dan berita
               global dapat diakses hanya menggunakan hujung jari (Mohd, 2014).

               Jadual 3
               Kemudahan ICT di sekolah

               Kemudahan ICT di sekolah                          Frekuensi           Peratusan  (%)

               Makmal komputer
                     Ada                                           100                    100
                     Tiada                                          0                      0
               Komputer
                     Ada                                            72                    72

                     Tiada                                          28                    28
               Komputer riba
                     Ada                                            58                    58
                     Tiada                                          42                    42
               Smart board
                     Ada                                            0                      0
                     Tiada                                         100                    100
               LCD Projector

                     Ada                                            56                    56
                     Tiada                                          44                    44
               Televisyen
                     Ada                                            15                    15
                     Tiada                                          85                    85

               Webcam
                     Ada                                            0                      0
                     Tiada                                         100                    100

                      Jadual  3  menunjukkan  kemudahan  ICT  yang  ada  di  sekolah-sekolah  responden.
               Kesemua sekolah responden mempunyai makmal komputer (100%). Sebanyak 72% responden
               menyatakan  sekolahnya  mempunyai  komputer,  58%  responden  menyatakan  sekolahnya
               menyediakan kemudahan komputer riba, 56% responden menyatakan sekolahnya mempunyai


                                                            80
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94