Page 91 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 91

menggunakan televisyen semasa PdPc. Kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Williams-
               Hamilton & West (2013) di mana ICT lebih kerap digunakan di sekolah awam berbanding
               sekolah swasta. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan ICT kurang digunakan dalam PdPc
               di dalam bilik darjah walaupun kajian lepas menunjukkan pelajar lepasan institusi pengajian
               tinggi di Malaysia rata-ratanya mempunyai kemahiran ICT yang mantap (Lee et al., 2014).
               Buabeng-Andoh  (2012)  dalam  kajiannya  menjelaskan  ICT  kurang  digunakan  oleh  guru
               disebabkan oleh pelbagai  faktor  yang berbeza-beza termasuklah kemahiran  ICT  guru  yang
               kurang mantap, tahap keyakinan diri guru yang rendah untuk menyampaikan pembelajaran
               menggunakan teknologi ICT, kekurangan latihan pedagogi berkaitan penggunaan teknologi,
               perisian untuk pendidikan yang kurang dan kebanyakannya kurang sesuai digunakan di kelas,
               akses  ke  ICT  yang  kurang  dan  masih  terdapat  guru  terikat  dengan  kaedah  pengajaran
               tradisional.

               Jadual 5
               Kemudahan laman web sekolah

                                                                Frekuensi           Peratusan  (%)
               Laman web sekolah
                     Ada                                            62                    62

                     Tiada                                          38                    38
               Kekerapan menggunakan laman web sekolah

                     Kerap / sepanjang masa                         0                      0
                     Selalu                                         0                      0
                     Kadang-kadang                                  32                    32

                     Jarang-jarang                                  6                      6
                     Tidak pernah                                   62                    62


                      Jadual  5  menunjukkan  kemudahan  laman  web  sekolah.  Kajian  deskriptif  ini
               menunjukkan 62% sekolah responden mempunyai laman web sekolah namun laman web ini
               tidak digunakan dengan maksimum. Hanya 32% responden menggunakan laman web ini sekali
               sekala  manakala  62%  lagi  tidak  pernah  menggunakan  kemudahan  laman  web  sekolah.
               Penggunaan laman web boleh diperluaskan serta disesuaikan agar dapat menarik minat pelajar
               untuk mengaksesnya kerana berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norliza  et al. (2013),
               penggunaan  Internet  dan  aplikasi  web  dapat  menjamin  peningkatan  pemahaman  pelajar
               memandangkan  informasi  yang  dipaparkan  adalah  dalam  bentuk  yang  pelbagai,  iaitu  teks,
               bunyi dan grafik yang interaktif.












                                                            82
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96