Page 141 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 141

kemahiran berfikir yang melibatkan operasi kognitif seperti yang dikategorikan dalam Taksonomi
               Bloom atau Taksonomi  Bloom semakan Anderson (Omar, Chuen, Nur’aini & Hanafi, 2014).
               Menurut Taksonomi Bloom semakan Anderson, KBAT dirujuk dengan kata kerja mengaplikasi,
               menganalisis, menilai dan mencipta. Dapat dirumuskan di sini bahawa KBAT meliputi atribut
               seperti  pemikiran  kritis  dan  kreatif,  logik,  reflektif,  metakognitif,  penyelesaian  masalah  dan
               sebagainya (King, Goodson, & Rohani, 1998; Le, 2013; Yen & Halili, 2015). Ini bermakna KBAT
               wujud  dalam  proses  memanipulasikan  sesuatu  maklumat  atau  idea  supaya  ia  mengalami
               perubahan  dari  segi  maksud  dan  implikasi  (Saido,  Siraj,  Nordin,  &  Al-Amedy,  2015;  Omar,
               Chuen, Nur’aini & Hanafi, 2014). Perkara ini secara tidak langsung akan membolehkan seseorang
               menyelesaikan masalah, menghasilkan sesuatu dan menambah pemahaman. Maka, KBAT boleh
               didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
               membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
               dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2014).
                      King,  Goodson  &  Rohani  (1998)  mendapati  bahawa  KBAT  hanya  diaktifkan  apabila
               seseorang individu menghadapi masalah yang luar biasa, keadaan yang tidak menentu, pertanyaan
               ataupun dilema. Ini bermakna seseorang murid boleh dilatih untuk menguasai KBAT melalui
               strategi pengajaran yang dirancang secara sistematik (Rosnani, 2003). Strategi yang dimaksudkan
               adalah tugasan yang mempunyai kapasiti untuk mendesak murid mengaktifkan proses mental dan
               mempengaruhi mereka meneruskan siasatan (inkuiri) dari pelbagai perspektif, menilai sumber
               informasi, membuat refleksi tentang dapatan mereka, berkongsi idea dan mengambil pendirian
               berasaskan pemikiran rasional (Subran, 2013).
                      Kertas konsep ini bertujuan memberikan pemahaman kepada para guru yang merupakan
               pelaksana kurikulum tentang kepentingan penerapan KBAT dalam PdP dan seterusnya memberi
               pencerahan  kepada  mereka  tentang  beberapa  strategi  yang  dapat  dilaksanakan  di  dalam  bilik
               darjah supaya KBAT menjadi suatu amalan di kalangan murid. Walaupun terdapat pelbagai cara,
               teknik, strategi dan pendekatan yang dapat digunakan untuk menerapkan KBAT, kertas konsep
               ini memberi tumpuan dalam membincangkan tentang beberapa strategi yang mudah diadaptasikan
               oleh guru tanpa menggunakan peralatan khusus di dalam bilik darjah.  Strategi yang diutarakan di
               dalam kertas konsep ini diharap dapat menjadi sumber kajian lapangan oleh penyelidik di masa
               hadapan.



                                        Kepentingan KBAT dalam PdP abad ke-21

                      Trend perkembangan pendidikan masa kini menuntut penguasaan kemahiran berfikir yang
               mantap oleh setiap murid demi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ini kerana, pada
               abad ke-21, perkembangan pesat ekonomi dunia, pembangunan dalam bidang teknologi maklumat
               dan komunikasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan (Yen & Halili, 2015) memerlukan modal
               insan  yang  berupaya  menyelesaikan  masalah  dan  membuat  keputusan  secara  bernas  dalam
               kehidupan seharian serta berdaya saing pada peringkat global (Rosnani, 2003 & KPM, 2014).
               Menurut Vijayaratnam (2012), dunia sekarang memerlukan murid yang berupaya berfikir dan
               sanggup memberi respons secara berterusan dalam kehidupan harian.
                      KBAT  dapat  membantu  murid  berfikir  secara  mendalam  tentang  sesuatu  perkara  dan
               membuat  keputusan,  menjana  idea,  mencipta  sesuatu  secara  inovasi,  membuat  ramalan  dan
               menyelesaikan masalah di luar jangkaan (Lewis & Smith, 1993). Ini kerana KBAT memainkan
               peranan penting dalam transisi ilmu dan kemahiran ke dalam perlakuan yang bermanfaat dan

                                                             131
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146