Page 145 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 145

vii.           Menyoal
                           viii.          Mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam situasi baru
                           ix.       Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas
                           x.        Mengumpul maklumat melalui semua deria
                           xi.       Mencipta, berimaginasi dan berinovasi
                           xii.           Menonjolkan kekaguman dan kepekaan
                           xiii.          Berani menanggung risiko dengan tanggung jawab
                           xiv.          Mempunyai rasa humor
                           xv.           Saling bergantungan (sedia bekerja dalam kumpulan)
                           xvi.          Belajar secara berterusan

                      Habits of Mind yang disenaraikan ini dikenal pasti melalui kajian-kajian yang dilakukan
               untuk mengetahui ciri-ciri manusia yang mempunyai disiplin mental (Costa & Kallicks, 2008).
               Murid  harus  mempunyai  kebolehan  menaakul  secara  strategik,  kebijaksanaan,  ketabahan,
               kreativiti  dan  kemahiran  untuk  menghadapi  situasi  genting.  Disiplin  mental  ini  memainkan
               peranan  penting  dalam  menyediakan  seseorang  murid  memiliki  KBAT  dan  berkemampuan
               menyelesaikan  masalah  yang  tidak  diduga.  Minda  yang  terlatih  akan  sentiasa  mempunyai
               tingkahlaku intelektual yang terus berusaha untuk mengambil tindakan paling berkesan apabila
               menghadapi masalah yang rumit. Oleh kerana Habits of Mind ini boleh dibentuk secara merentasi
               kurikulum, guru harus berusaha untuk melatih murid mengamalkannya sepanjang masa.

                                          Menggalakkan Pemikiran Berstruktur

                      Murid harus dididik untuk mengetahui apa dan kenapa mereka membuat sesuatu. Dari situ,
               mereka akan memahami bahawa apabila mereka membuat sesuatu, hasilnya tidak semestinya
               sama dengan apa yang dirancang atau dijangka (Puchta, 2012). Apabila murid telah membiasakan
               diri  untuk  menggunakan  kemahiran  berfikir  secara  sistematik,  mereka  akan  memperoleh
               pengalaman pembelajaran yang positif. Ini akan membantu mereka mengharungi tugasan yang
               lebih mencabar dengan penuh yakin (Puctha, 2012). Guru boleh menggunakan alat berfikir seperti
               graphic organizers, mind mapping, iThink map, thinking hat dan sebagainya untuk tujuan ini. PdP
               yang dirancang sebegini dapat menggalakkan murid mencapai tahap metakognisi di mana mereka
               sentiasa dikawal oleh pemikiran mereka sendiri. Oleh kerana terdapat ramai guru di sesuatu daerah
               yang mengajar mata pelajaran yang sama, mereka boleh berganding bahu menyediakan bahan
               sokongan  yang  sesuai  untuk  sesuatu  topik  atau  mata  pelajaran.  Ini  dapat  dilakukan  melalui
               Professional Learning Committee (PLC).

                                             Menggunakan Teknik Penyoalan

                      Menyoal merupakan suatu strategi yang sangat berkesan dalam mengajar murid berfikir
               secara mendalam tentang sesuatu perkara. Oleh kerana ia melibatkan interaksi antara guru dan
               murid, ia dapat mengembangkan kemahiran kritis dan kreatif serta meningkatkan pemikiran dan
               kefahaman murid (Barak et al. 2007). Dalam keadaan sebenar bilik darjah, biasanya guru terlalu
               gairah  menyampaikan  maklumat  dan  mengabaikan  penyoalan.  Guru  harus  meluangkan  masa
               untuk  merancang dan menggubal  soalan terutamanya soalan bercapah  (divergent)  yang dapat
               merangsang fikiran murid. Semasa mengemukakan soalan pula, murid harus diberi masa yang
               mencukupi untuk berfikir. Cotton (2001) mencadangkan masa menunggu lebih dari tiga saat untuk
               soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi. Selain itu, guru juga harus menggalakkan murid

                                                             135
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150