Page 143 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 143
kaedah pengajaran baharu, perancangan aktiviti baharu serta penyediaan bahan bantu belajar yang
baharu. Ini bermakna guru terpaksa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
baharu. Keadaan ini secara tidak langsung akan menambah beban kerja guru. Namun, adalah
menjadi tanggung jawab guru untuk melengkapkan dirinya dengan perkembangan semasa supaya
tanggung jawab prosfesionalnya dapat dilaksanakan dengan sempurna (Sparapani, 1998). Maka,
jelas di sini bahawa penerimaan, tindakan dan isu pelaksanaan merupakan faktor penting yang
menentukan kejayaan sesuatu perubahan (Krishnan 2014).
Kekangan Pelaksanaan KBAT
Dalam hal KBAT, KPM telah mengambil pelbagai langkah untuk memberi pendedahan
dan pengukuhan kepada guru. KPM telah merancang dan menyebar luas segala maklumat yang
berkaitan dengan KBAT kepada guru sejak awal pelaksanaan KSSR. Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah membuat penyebaran ini melalui Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR dan
Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSM. Guru juga diberi latihan untuk merancang dan menulis
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan memasukkan unsur KBAT. Slot pengajaran mikro
juga diselitkan dalam kursus tersebut supaya guru mendapat gambaran yang jelas tentang
penerapan KBAT dalam PdP. Buku penerangan khas tentang penerapan elemen KBAT juga
disediakan dan dimuat naik dalam laman web untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa (KPM
2014). Namun, kajian yang dilakukan kebelakangan ini (Krishnan, 2014) membuktikan
pelaksanaan KBAT masih tidak memberangsangkan.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa faktor utama yang menghalang hasrat kerajaan
untuk menjadikan murid golongan yang mempunyai KBAT adalah tekanan yang diberikan kepada
golongan guru untuk menaikkan prestasi sekolah, daerah, negeri dan sebagainya dengan hanya
memberi tumpuan kepada kelulusan peperiksaan (Sparapani, 1998; Rosnani, 2003; Snyder &
Snyder, 2008 & Jeffers, 2011). Apabila fokus utama golongan yang berkepentingan adalah
peperiksaan, proses PdP terganggu. Walaupun guru tahu dan faham akan kepentingan KBAT,
mereka tidak dapat menyususn aktiviti PdP yang berpusatkan murid. Kajian menunjukkan bahawa
sekolah masih gagal melibatkan murid dalam proses pemikiran kerana kebanyakkan guru
mengamalkan cara pengajaran berkuliah dan pembelajaran masih berfokus pada mengingati fakta
dan pemahaman kandungan yang tidak mendalam (Barak et al., 2007 & KPM 2012b). Maka,
murid tidak diajar atau diberi tunjuk ajar untuk berfikir (Snyder & Snyder 2008).
Kekurangan latihan merupakan satu lagi faktor yang merumitkan penerapan KBAT oleh
guru di dalam bilik darjah. Kajian membuktikan bahawa ramai guru mengenepikan KBAT dalam
proses PdP kerana mereka tidak mempunyai latihan yang mencukupi tentang cara penerapannya
dalam mata pelajaran yang diajar (Sulaiman, Muniyan, Madhvan, Hasan, & Abdul Rahim, 2017).
Dalam latihan perguruan, sebahagian besar latihan difokuskan kepada pendedahan tentang
kandungan mata pelajaran dan cara penyampaiannya. Penerapan KBAT secara khusus jarang
diberi tumpuan (Snyder & Snyder, 2008). Maka, walaupun guru sedar akan kepentingan
menerapkan KBAT untuk menjana idea murid (Yen & Halili, 2015), mereka tidak memberi
tumpuan terhadapnya. Kebanyakkan latihan dalam perkhidmatan yang diberi berkaitan KBAT
juga berbentuk selingan dan tidak mencukupi (Barak et al. 2007 & Sulaiman et al. 2017).
Kandungan kurikulum yang banyak juga memainkan peranan penting dalam menghalang
penerapan KBAT oleh guru. Melalui pengalaman penulis sebagai penggubal, penyebar dan penilai
kurikulum di Bahagian Pembangunan Kurikulum selama enambelas tahun, penulis mendapati
“guru sering mengeluh kandungan kurikulum sesetengah mata pelajaran adalah banyak dan
mereka terpaksa mengenepikan perkara-perkara seperti KBAT, EMK, Kemahiran abad ke-21 dan
133

