Page 144 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 144
strategi PdP demi menghabiskan kandungan yang dispesifikasikan untuk sesuatu tahun tertentu”.
Dalam mengejar masa untuk menghabiskan kandungan, mereka mengabaikan cara bagaimana
murid mempelajari kandungan tersebut (Snyder & Snyder 2008). Ini bermakna guru
mengharapkan murid belajar tetapi tidak mengajar cara belajar (Norman 1981).
Ada kalanya guru sendiri menjadi penghalang kepada perkembangan pemikiran murid
kerana kurang kompeten dalam mengekalkan aliran pemikiran murid dan tidak berminat
“membuang masa” dengan perkara selain kandungan mata pelajaran (Ivie, 1998). Perkara ini
terjadi kerana terdapat guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang KBAT
(Bavani, Selvaranee & Renuka, 2016). Maka, mereka tidak tahu cara untuk menerapkan KBAT
dalam proses PdP. Kajian Hassan, Mustapha, Nik Yusof & Mansor (2017) mendapati
kebanyakkan guru tidak memahami tahap pemikiran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom.
Ekoranya mereka tidak tahu cara untuk mengintegerasikan KBAT dalam mata pelajaran yang
diajar.
Kekurangan atau ketiadaan bahan sokongan merupakan salah satu isu besar dalam
kalangan guru (Bavani et al. 2016). Oleh kerana guru dibebankan dengan pelbagai kerja
pengurusan dan pentadbiran seperti kegiatan ko-kurikulum di samping mengajar mereka tidak
dapat meluangkan masa untuk memikir dan menyediakan bahan sokongan yang relevan dengan
standard pembelajaran yang hendak diajar (The Education Trust, 2012). Penulis pula berpendapat
“buku teks yang merupakan bahan sokongan utama guru, mempunyai limitasinya sendiri dan
hanya dapat menonjolkan KBAT melalui soalan perbincangan”
Ada juga guru yang beranggapan bahawa kemahiran berfikir tidak boleh diajar. Robert Fisher
yang merupakan seorang pakar unggul dalam membangunkan kemahiran berfikir kanak-kanak
menegaskan bahawa pemikiran bukan suatu fungsi semula jadi tetapi harus dibangunkan supaya
ia menjadi satu kebiasaan.
Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Clement (1979) pernah menyatakan bahawa tugas guru adalah untuk mengajar murid
bagaimana berfikir dan bukannya menentukan apa yang perlu difikir. Maka, KBAT harus
dikembangkan, dipraktikan dan dintegerasikan secara berterusan dalam proses PdP demi
memastikan murid mengharungi pembelajaran aktif (Snyder & Snyder, 2008). Untuk itu, guru
harus memahami bagaimana pelbagai proses pembelajaran dapat diintegerasikan untuk
membentuk strategi PdP yang berkesan. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan
oleh guru untuk menerapkan KBAT dalam bilik darjah:
Melatih Tabiat Minda atau Habits of Mind
Tabiat minda atau lebih dikenali sebagai Habits of Mind yang diperkenalkan oleh Costa
dan Kallick merujuk kepada enam belas tabiat yang dipercayai dapat menjadikan seseorang
cenderung bertindak bijak apabila menghadapi masalah. Habits of Mind yang dirujuk adalah
seperti berikut:
i. Kegigihan (tidak cepat mengalah)
ii. Mengurus emosi (tidak terburu-buru)
iii. Mendengar dengan penuh empati
iv. Mempunyai keanjalan dalam pemikiran
v. Berfikir tentang pemikiran sendiri (metakognisi)
vi. Mementingkan ketepatan
134

