Page 153 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 153

pada masa ini sering melihat KKA itu lebih berprestij dan mampu menampilkan nilai kemajuan.
               Walau bagaimanapun, keperluan bagi memastikan sesebuah bahasa itu mempunyai jati diri yang
               unggul  bukan  hanya  tertakluk  kepada  ciri-ciri  seperti  yang  dinyatakan  sebelum  ini,  bahkan
               tertakluk juga kepada faktor nilai asli citra bahasa Melayu yang perlu juga dipertahankan.
                      Seterusnya, Bloomfield  (1953) menyatakan bahawa taraf prestij sesebuah bahasa turut
               menyumbang kepada pengaruh KKA. Bahasa yang lebih berprestij akan menjadi penyumbang
               kata kepada bahasa yang lebih rendah prestijnya. Hal ini turut disetujui oleh Haugen (1973) sendiri
               dan beliau menyatakan bahawa terdapatnya persepsi yang memandang tinggi terhadap bahasa
               asing  yang  lebih  berprestij  menyebabkan  kecenderungan  mengambil  kata-kata  tertentu  untuk
               dimiliki. Sikap menilai hak yang dimiliki oleh pihak lain adalah jauh lebih baik dan berkualiti
               akan  menentukan  juga  persepsi  seseorang  individu  itu  sendiri.  Dalam  konteks  kajian  ini,
               kecenderungan para pelajar menggunakan KKA dalam perbualan dan penulisan menjadi mauduk
               perbahasan dalam kajian ini. Persoalannya di sini, adakah kecenderungan ini membawa kebaikan
               dalam pengajaran yang seterusnya boleh membantu meningkatkan tahap kefahaman murid-murid
               atau sebaliknya pula yang berlaku?

                                                    KAEDAH KAJIAN

                      Kajian  ini  yang  juga  merupakan  kajian  lapangan  dilakukan  secara  kualitatif  dengan
               menggunakan  kaedah  kajian  kes  dan  teknik  rakaman  audiovisual  yang  berkaitan  dengan
               penggunaan  bahasa  Melayu  dalam  kalangan  pelajar  Institut  Pendidikan  Guru  kampus  Raja
               Melewar (IPGKRM), Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.Menurut Merriam (1988), kajian
               kualitatif boleh didefinisikan sebagai intensif, penjelasan menyeluruh dan analisis satu entiti, dan
               fenomena dan atau unit sosial. Kajian kualitatif lebih mengkhusus, memerlukan penjelasan, dan
               bergantung pada kaedah induktif dalam mengendalikan pelbagai data. Kajian ini menggunakan
               kaedah kajian kes dengan menggunakan teknik temu bual, pemerhatian, dan rakaman audiovisual.
               Dalam kajian ini responden dikehendaki menjalani ujian sebutan secara spontan. Set ujian ini
               dinamakan Ujian Sebutan Kata (USK).

                                                      Batasan Kajian

                      Kajian ini terbatas kepada para pelajar yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru
               Kampus Raja Melewar yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian
               ini meliputi persepsi para pelajar terhadap KKA yang mempunyai padanan kosa kata Melayu asli
               yang diambil menerusi akhbar-akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Dalam konteks kajian ini,
               KKA merujuk kepada kosa kata yang berasal daripada bahasa Inggeris.

                                                   ANALISIS KAJIAN

                                         Penerimaan KKA Dalam Bahasa Melayu

                      Dalam temu bual yang dijalankan, pengkaji telah melaksanakan aktiviti ujian sebutan kata
               (USK) untuk melihat bentuk-bentuk penerimaan KKA dalam bahasa Melayu. Analisis semantik
               leksikal diterapkan dalam kajian ini. Pengkaji tidak memaklumkan kepada responden tentang
               USK  ini  tetapi  hanya  meminta  mereka  menyebut  senarai  KKA  yang  telah  disediakan  secara
               perbualan spontan (Ball, 2010). Tindakan spontan ini menurut Marlyna Maros (2007), sesuai
               untuk mendapatkan data-data yang empirikal dari lapangan. Selain itu, tujuan pengkaji adalah

                                                             143
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158