Page 156 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 156

Merujuk Rajah 1, secara keseluruhannya, kecenderungan responden adalah memilih
                  sebutan  asing.  Contohnya,  terdapat  empat  kosa  kata  yang  disebut  secara  sebutan  asing
                  sepenuhnya  oleh  responden  iaitu  alumni,  panik,  dialog,  rebat  dan  bank.  Aktiviti  USK  ini
                  dilaksanakan  secara  spontan  dan  telah  menghasilkan  data-data  yang  menarik  untuk
                  diperbincangkan. Senarai kosa kata sebanyak 24 dipilih secara rawak daripada korpus akhbar
                  DBP dari tahun 2005 hingga 2010 merupakan KKA yang mempunyai setara dalam KKMA.
                  Analisis secara fonetik dan fonologi diterapkan bagi menghuraikan dengan lebih lanjut tentang
                  kecenderungan responden terhadap sebuatan asing ini.

                                               Perspektif Fonetik dan Fonologi

                         Bunyi bahasa dikenali dengan fonem dalam kajian bahasa secara umumnya (Zaharani
                  Ahmad,  Nor  Hashimah  Jalaluddin,  &  Maizura  Osman,  2013).  Bahasa  Melayu  diwakili
                  sejumlah  bunyi  bahasa  yang  asli  bagi  menerbitkan  bentuk-bentuk  kata  mengikut  suatu
                  peraturan atau sistem bunyi bahasa sejak dahulu lagi. Bunyi asli bahasa Melayu terdiri daripada
                  24 bunyi iaitu 18 konsonan dan enam vokal. Konsonan asli ialah p, b, t, d, k, g, c, j, m, n, ny,
                  ng, s, h, r, l, w, dan y. Bagi vokal asli pula yang terdiri daripada tiga vokal depan, tiga tengah,
                  dan dua vokal belakang iaitu i, e, a, e (pepet), u dan o. Konsonan dan vokal ini diklasifikasikan
                  mengikut  cara  dan  daerah  sebutannya.  Menurut  Nik  Safiah  (2003:2800),  daerah  sebutan
                  konsonan melibatkan bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan glotis. Manakala bagi
                  vokal asli pula, daerah sebutannya melibatkan kedudukan lidah sama ada di depan, tengah dan
                  belakang. Selain itu, vokal asli juga melibatkan keadaan bibir sama ada secara sempit, separuh
                  sempit, separuh luas dan luas.

                  Hasil penelitian terhadap USK menunjukkan beberapa kategori telah dikenal pasti iaitu:

                                                               i)  Vokal [a]
                         Dalam bahasa Melayu vokal a berkedudukan dalam vokal depan luas (rendah) yang
                  boleh  terdapat  di  awal,  tengah  dan  akhir  perkataan.  Misalnya,  abang,  satu  dan  rasa.
                  Berdasarkan  hasil  USK,  responden  tidak  menyebut  vokal  a  sebagai  [a]  sebaliknya
                  menyebutnya sebagai [e]. Dalam bahasa Melayu ia adalah vokal e yang dalam kedudukan
                  vokal hadapan separuh luas. Contoh perkataan yang berikut:

                  Lateks disebut le.teks Kafe disebut ke.fe Restoran disebut res.to.ren Manual disebut me.nu.al

                                                             ii)  Konsonan [g]
                         Konsonan g dihasilkan melalui letupan lelangit lembut bersuara. Bunyi [g] ini boleh
                  hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

                  di awal perkataan: guru, ganti, gantung, gajah di tengah perkataan: agak, agar, juga, syurga di
                  akhir perkataan: beg, dialog, monolog

                         Namun hasil USK menunjukkan responden telah menggantikan [g] kepada [j] yang
                  menyamai  bunyi  Inggeris  untuk  vokal  g.  Contoh  perkataan  seperti:  Teknologi  disebut
                  tek.no.lo.ji




                                                              146
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161