Page 154 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 154

supaya  responden  menyebut  KKA  tersebut  mengikut  keselesaan  masing-masing  tanpa
               dipengaruhi faktor-faktor luaran dan dalaman (Miriam Meyerhoff, 2006; Salim Hassan, 2011).
               Tambahan lagi, temu bual dijalankan berbentuk tidak rasmi dan di tempat santai iaitu seperti di
               kantin, bilik guru, perpustakaan dan juga di pondok bacaan sekolah (Budiawan, 2008).
                      Di samping itu, kaedah ini menurut Simpson, (2011) berguna untuk mengenal pasti tahap
               penerimaan KKA secara objektif dan merangkumi tindak balas cepat oleh responden terhadap
               KKA yang digunakan dalam aktiviti USK. Melalui USK, responden terlibat diminta menyebut
               KKA  secara  santai  dan  spontan  berdasarkan  kebiasaan  yang  digunakan  seharian  dalam
               masyarakat (Ajzen & Fishbein, 2000; Stanlaw, 2010). Pita rakaman audio visual digunakan untuk
               membantu pengkaji (Litosseti, 2010; Simpson, 2011). Melalui analisis semantik leksikal, pengkaji
               mendapati  pengalaman  dan  persekitaran  responden  menyumbang  terhadap  penguasaan  KKA
               mereka. Berdasarkan keputusan USK  yang diperoleh juga menunjukkan responden menerima
               KKA dalam BM pada tahap yang tinggi.

                                             Data Ujian Sebutan Kata (USK)

                      Dalam kajian ini, USK digunakan pengkaji untuk menentukan tahap penerimaan pelajar
               terhadap KKA dalam bahasa Melayu. USK merupakan salah satu aktiviti yang dimuatkan dalam
               temu bual bersama responden. Aktiviti USK ini tanpa disedari responden kerana berlaku secara
               spontan walaupun ia dirancang sebelumnya. Responden tidak digalakkan mengambil masa terlalu
               lama  untuk  menyebut  senarai  KKA  disediakan.  Keutamaan  diberikan  dalam  USK  ini  adalah
               supaya responden dapat memberikan sebutan terang dan jelas. Kajian untuk mendapatkan data
               secara spontan ini juga sesuai dilakukan bagi mendapatkan data sebenar dari lapangan (Chomsky,
               2002; Duranti, 1997; Miriam Meyerhoff, 2006).
                      Hasil USK yang dijalankan terhadap semua responden telah dirumuskan seperti paparan
               di Rajah 1:



































                                                             144
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159