Page 157 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 157

Namun berbeza dengan kata dialog yang tidak berubah [g] kepada [j] seperti perkataan
                  teknologi. Ini menunjukkan untuk suku kata terbuka [g] akan berubah kepada [j] manakala
                  bagai suku kata tertutup kvk responden mengekalkannya sebagai [g].

                                                               iii) Vokal [i]
                         Vokal  [i] adalah berkedudukan vokal  hadapan sempit.  Bunyi  yang dihasilkan ialah
                  bunyi [i]. Dalam perkataan, kehadiran [i] terdapat di awal, pertengahan dan akhir. Contohnya,
                  ikan, biru dan tali. Berdasarkan kajian ini terdapat gugus vokal [ia] untuk perkataan dialog
                  disebut [ai] menjadi dai.log. Selain itu perkataan finalis telah disebut fai.na.lis iaitu vokal [i]
                  telah  berubah  kepada  [ai]  yang  dikenali  dalam  bahasa  Melayu  asli  sebagai  diftong  yang
                  dibunyikan secara geluncuran. Contoh lain diftong seperti au dan oi.

                                                               iv)  Vokal [u]
                         Sebagai vokal asli, kehadirannya adalah pada awal, tengah dan akhir perkataan. Secara
                  fonetiknya,  kedudukan  lidah  yang  terlibat  ialah  di  bahagian  belakang  dinaikkan  setinggi
                  mungkin  ke  arah  lelangit  lembut  dan  dibantu  dengan  keadaan  bibir  secara  sempit  yang
                  dibundarkan bagi menghasilkan vokal [u]. Contoh perkataan asli bahasa Melayu seperti ubi,
                  unta, untuk, buka, subur, kabur, bubur, satu, paku, kelambu, labu dan bayu. Dalam kajian ini,
                  kecenderungan responden menyebut [u] dalam perkataan yang diberikan sebagai [a] dan juga
                  [e]. Hal ini dikenal pasti terhadap perkataan ‘struktur’. Kebanyakannya menyebut strak.ter
                  yang mengambil sepenuhnya bunyi asing. Vokal [u] yang awal di tukar [a] dan [u] pada suku
                  kata akhir diganti [e]. Contoh lain seperti berikut:
                                   Prosedur disebut pro.se.der
                                   Fokus disebut fo.kes
                                   Kolumnis disebut ko.lem.nis

                                                               v)  Vokal [e]
                         Abjad e dalam bahasa Melayu mewakili dua bunyi iaitu vokal e taling dan e pepet.
                  Dalam sistem sistem ejaan baharu bahasa Melayu bunyi e seperti dalam perkataan ‘leka’ dan
                  bunyi e seperti dalam perkataan ‘besar’ diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf e seperti
                  dalam ‘leka’ merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (ẽ) manakala huruf e
                  seperti dalam ‘besar’ merupakan vokal tengah disebut e pepet. Dalam kajian ini responden
                  lebih menggemari vokal [e] disebut [i] seperti dalam perkataan ‘rebat’ yang disebut ‘ri.bet’.
                  Selain itu, vokal [a] turut disebut [e] untuk suku kata kedua perkataan tersebut menjadikannya
                  berbunyi asing sepenuhnya.

                                                Perspektif Semantik Leksikal

                         Nick Riemer, (2010) dalam bukunya bertajuk ‘Introducing Semantics’ mentafsirkan
                  semantik adalah kajian tentang makna perkataan. Tafsiran ini juga selari dengan ramai sarjana
                  seperti  Goddard,  (2008);  Griffiths,  (2006);  Simpson,  (2011);  dan  Urgelles-Coll,  (2010).
                  Penjelasan lanjut diterangkan untuk setiap kosa kata asing yang digunakan dalam USK seperti
                  berikut:





                                                              147
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162