Page 33 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 33

Analisis Jadual Taksonomi Huraian Sukatan Pelajaran Kimia Organik

                                                       Matrikulasi

                                                                                     2
                                     Dani Asmadi Ibrahim , Noor Fatihah Zulkeply
                                                            1
                                             1,2,  Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
                             1 dani_asmadi@kmns.matrik.edu.my,  noor_fatihah@kmns.matrik.edu.my
                                                              2

                                                             Abstrak

               Kertas kajian ini melaporkan suatu kajian kualitatif berasaskan analisis dokumen ke atas Huraian
               Sukatan Pelajaran Kimia Organik untuk mencirikan pengajaran dan pembelajaran kursus kimia
               berkenaan  berdasarkan  dimensi  proses  kognitif  dan  dimensi  pengetahuan  Taksonomi  Bloom.
               Jadual hasil pembelajaran unit dan jadual taksonomi bagi kursus kimia organik telah berjaya
               disediakan.  Kajian  mendapati  taburan  hasil-hasil  pembelajaran  bertumpu  pada  aras  kognitif
               rendah dan pengetahuan metakognitif tidak menjadi hasil pembelajaran yang disasarkan. Kertas
               kajian turut mencadangkan penjelasan bahawa penumpuan pada proses kognitif aras rendah ini
               dikaitkan  dengan  model  pendidikan  kimia  yang  mendasari  kursus  ini  serta  pertimbangan
               terhadap fungsi program matrikulasi sebagai suatu program persediaan. Berdasarkan ciri-ciri
               huraian  sukatan  pelajaran  yang  didapati,  terdapat  keperluan  pengajaran  dan  pembelajaran
               ditambahbaik supaya merangkumi dimensi proses kognitif dan dimensi pengetahuan secara lebih
               menyeluruh.  Ini  boleh  dicapai  dengan  menggunakan  model  “flipped  learning”  dan  dengan
               memberi lebih perhatian kepada perkembangan pengetahuan metakognitif pelajar.

               Kata  kunci:  Taksonomi  Bloom,  pengetahuan  metakognitif,  pendidikan  kimia,  kimia  organik,
               kurikulum sains.


                                                    PENDAHULUAN

                      Kajian  ini  melaporkan  analisis  dua  dimensi  Taksonomi  Bloom  dan  pembinaan  jadual
               taksonomi untuk mencirikan Kursus Kimia Organik Program Matrikulasi. Pemeriksaan terperinci
               huraian sukatan pelajaran kursus ini akan menyingkap kekuatan-kekuatan dan peluang-peluang
               yang dilepaskan untuk dijadikan titik mula bagi menambahbaik perancangan dan pelaksanaan
               pengajaran  dan  pembelajaran  kursus  kimia  organik.  Saban  tahun  program  matrikulasi
               menyediakan sehingga 30,000 tempat, sebahagian besarnya untuk pelajar sains yang mengambil
               kursus kimia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Oleh yang demikian, Huraian Sukatan
               Pelajaran  Kimia  Program  Matrikulasi  adalah  dokumen  penting  yang  menjadi  panduan
               perlaksanaan  kursus  dan  menyelaraskan  pengajaran  dan  pembelajaran  di  kesemua  15  kolej
               matrikulasi di seluruh negara. Pencirian huraian sukatan pelajaran sebegini adalah kritikal bagi
               mendapatkan latarbelakang pengajaran dan pembelajaran kimia organik matrikulasi.
                      Kajian ini melibatkan pembinaan Jadual Taksonomi yang merupakan perwakilan visual
               hasil analisis dua dimensi Taksonomi Bloom. Dalam jadual ini, dimensi pengetahuan membentuk
               baris dalam jadual manakala dimensi proses kognitif membentuk lajur dalam jadual. Persilangan
               di antara jenis pengetahuan dan proses kognitif akan diwakili oleh sel-sel dalam jadual. Oleh yang
               demikian, sesuatu hasil pembelajaran boleh dikelaskan dalam Jadual Taksonomi di dalam satu




                                                             23
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38