Page 38 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 38
pengkaji bahawa C2 adalah paling tepat mewakili hasil pembelajaran “explain heterolytic
covalent bond cleavage”. Hasil pembelajaran unit ini turut dikelaskan sebagai dimensi
pengetahuan konsep (KC) lantaran pembelahan ikatan kovalen melibatkan asas konsep ikatan
kovalen.
Jadual Taksonomi setiap tajuk dan keseluruhan tajuk-tajuk Kimia Organik dapat dibina
dengan mengisi bilangan hasil pembelajaran unit yang dicirikan oleh lajur dan baris khusus dalam
Jadual Taksonomi. Sebelas Jadual Taksonomi telah disediakan: satu Jadual Taksonomi bagi
keseluruhan tajuk-tajuk Kimia Organik, dan sepuluh jadual bagi setiap tajuk Kimia Organik.
Jadual 3, menunjukkan Jadual Taksonomi keseluruhan tajuk-tajuk Kimia Organik.
Jadual 3
Jadual Taksonomi Tajuk-tajuk Kimia Organik
Dimensi Proses Kognitif
SK016 mengingati mema mengapli menga menilai mencipt %
hami kasi nalisis a
Dimensi Pengetahuan
Fakta KF 21 28 0 1 0 0 21.4
Konsep KC 8 140 3 2 0 0 65.4
Prosedur KP 11 2 16 2 0 0 13.2
Metakognitif KM 0 0 0 0 0 0 0.0
% 17.1 72.6 8.1 2.1 0.0 0.0 100
Jadual 3 menunjukkan taburan hasil-hasil pembelajaran unit tajuk-tajuk kimia organik
berdasarkan dimensi proses kognitif dan dimensi pengetahuan. Didapati dimensi pengetahuan
konsep membentuk bahagian terbesar (65.4%) diikuti pengetahuan fakta (21.4%) dan terkecil
(13.2%) dimensi pengetahuan prosedur. Tiada hasil pembelajaran unit dimensi pengetahuan
metakognitif ditemui dalam huraian sukatan pelajaran. Dari segi dimensi proses kognitif pula,
didapati taburan hasil pembelajaran unit umumnya merangkumi mengingati hingga menganalisis
(C1-C4) dengan proses kognitif memahami membentuk bahagian terbesar (72.6%). Berdasarkan
sel-sel dalam jadual taksonomi, sel konsep-memahami membentuk bahagian hasil pembelajaran
unit paling besar (60%) dikuti sel fakta-memahami (12%) dan sel fakta-mengingati (9%).
PERBINCANGAN
Peringkat pertama analisis dalam kajian ini adalah memecahkan setiap pernyataan hasil
pembelajaran kepada hasil pembelajaran paling asas dan membina Jadual Hasil Pembelajaran
Unit. Sepuluh jadual hasil pembelajaran unit telah disediakan dan setiap satu boleh digunakan
untuk membantu pelaksanaan sukatan pelajaran bagi setiap tajuk masing-masing.
Huraian sukatan pelajaran adalah panduan untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bagi guru dan panduan penilaian bagi pentaksir ujian dan peperiksaan. Jadual Hasil
Pembelajaran Unit boleh membantu guru dan pentaksir membuat tafsiran yang lebih tepat
berkaitan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai dengan mengurangkan kekaburan yang
mungkin timbul sekiranya tafsiran dibuat berdasarkan pernyataan hasil pembelajaran semata-
mata. Jadual hasil pembelajaran unit juga menyenaraikan hasil-hasil pembelajaran dengan
terperinci termasuk yang mungkin tidak begitu jelas dalam huraian sukatan pelajaran.
28

