Page 34 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 34
atau lebih sel bergantung kepada persilangan antara lajur iaitu dimensi proses kognitif dan baris
iaitu kategori pengetahuan. Jadual Taksonomi ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1. Jadual Taksonomi
Krathwohl (2002) menyatakan jadual taksonomi ini digunakan dalam pengelasan objektif,
aktiviti dan penilaian sesuatu kursus atau unit pelajaran. Apabila dilengkapkan Jadual Taksonomi
boleh digunakan untuk;
i. memeriksa penjajaran kurikulum,
ii. menentukan penekanan secara bandingan dan,
iii. mengenal pasti peluang-peluang pendidikan yang terlepas.
Kajian ini akan memeriksa hasil-hasil pembelajaran kursus kimia organik matrikulasi
berdasarkan dua dimensi Taksonomi Bloom iaitu dimensi proses kognitif dan dimensi
pengetahuan. Penggunaan jadual taksonomi dalam menilai kurikulum kimia tidak pernah
dilaporkan sebelum ini. Azraai Othman, Dani Asmadi dan Othman Talib (2015) pernah
melaporkan kajian melibatkan penggunaan Taksonomi Bloom dalam menilai silibus dan teks-teks
kursus kimia organik matrikulasi. Namun begitu, biarpun kajian tersebut menggunakan
Taksonomi Bloom yang baru, kajian tersebut bertumpu pada dimensi proses kognitif sahaja dan
silibus tidak dinilai berdasarkan dimensi pengetahuan sepertimana yang akan dilakukan dalam
kajian ini. Kajian-kajian lain pula melibatkan tajuk kimia tertentu seperti Dani Asmadi Ibrahim
dan Kamisah Osman (2011), yang melibatkan tajuk Atomic Structure dan Dani Asmadi Ibrahim
(2014) yang melibatkan tajuk Ionic Equilibria. Dua kajian ini biarpun lebih terperinci kerana
turut melibatkan teks kursus dan soalan peperiksaan dalam analisis, masih membincangkan proses
kognitif sahaja. Dan berdasarkan kegunaan jadual taksonomi yang telah disebutkan, kajian-kajian
lepas ini hanya menggunakan Taksonomi Bloom untuk memeriksa penjajaran kurikulum dan
penekanan bandingan secara terhad, tetapi tidak dapat mengenalpasti peluang pendidikan yang
terlepas.
Kajian ini penting kerana ia membolehkan huraian sukatan pelajaran sedia ada diperiksa
berdasarkan pelbagai aspek seperti penggunaan kata kunci tindakan yang sesuai, rangkuman
proses kognitif dan rangkuman jenis pengetahuan. Ia akan memberi maklumat terperinci dan
perspektif baru terhadap huraian sukatan kimia organik sedia ada. Pastinya dapatan kajian
seumpama ini turut berguna apabila semakan semula kursus dilakukan. Kurikulum kimia program
matrikulasi telah menjalani beberapa kali semakan semula sejak Program Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia mula dilaksanakan pada 1998. Namun begitu, semakan semula
lebih didorong oleh perubahan-perubahan dasar seperti perlaksanaan program matrikulasi dua
semester (daripada asalnya tiga), perlaksanaan Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam
Bahasa Inggeris, perlaksanaan Program Dua Tahun dan pelaksanaan Program Matrikulasi Sains
24

