Page 36 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 36

ii.   Hasil-hasil pembelajaran unit ini dikelaskan sebagai C1 hingga C6 berdasarkan dimensi
                      proses  kognitif  yang  sesuai  dengan  kata  kunci  tindakannya:  C1-mengingati,  C2-
                      memahami,  C3-mengaplikasi,  C4-menganalisis,  C5-menilai  dan  C6-mencipta.  Ini
                      dilakukan menggunakan aplikasi Revised Bloom Taxonomy Indicator V3.31 yang dibina
                      UiTM pada 2014.  Sekiranya kata kunci tindakan dikelaskan kepada lebih daripada satu
                      aras kognitif berbeza, pengkaji-pengkaji akan mengelaskannya berdasarkan aras kognitif
                      paling  tinggi  yang  sesuai.  Kesesuaian  adalah  berdasarkan  konteks  pengajaran  dan
                      pembelajaran kimia peringkat matrikulasi dan pengalaman profesional pengkaji-pengkaji.
                      Hasil-hasil pembelajaran unit ini turut dikelaskan berdasarkan dimensi pengetahuan KF,
                      KC, KP dan KM: KF-fakta, KC-konsep, KP-prosedur dan KM-metakognitif.
                iii.   Pengelasan hasil-hasil pembelajaran unit ini dilakukan oleh dua orang pensyarah kanan.
                      Setiap seorang mempunyai pengalaman mengajar kimia selama 10-17 tahun di peringkat
                      matrikulasi.  Di  samping  itu,  setiap  seorang  pernah  terlibat  dalam  penyediaan  bahan
                      pengajaran dan pembelajaran kursus, penyemakan huraian sukatan pelajaran, pentaksiran
                      dan  penandaan  soalan  peperiksaan  pada  peringkat  Bahagian  Matrikulasi  Kementerian
                      Pendidikan Malaysia.
                iv.   Jadual  taksonomi  setiap  bab  Kimia  Organik  dan  keseluruhan  bab-bab  Kimia  Organik
                      seterusnya dibina. Ini dilakukan dengan mengisi bilangan hasil pembelajaran unit yang
                      dicirikan oleh lajur dan baris khusus dalam Jadual taksonomi. Corak taburan hasil-hasil
                      pembelajaran unit ini akan digunakan untuk mencirikan huraian sukatan pelajaran kimia
                      organik yang dikaji.

                                                   DAPATAN KAJIAN

                      Setiap pernyataan hasil pembelajaran dalam huraian sukatan pelajaran dipecahkan kepada
               hasil-hasil  pembelajaran  yang  lebih  asas  yang  dipanggil  hasil  pembelajaran  unit.  Misalnya
               pernyataan pernyataan dalam tajuk kecil 11.3 Isomerism, dalam bab 11 Introduction to Organic
               Chemistry adalah:
                      “At the end of this topic, students should be able to: b) explain constitutional isomerism:
               i) chain isomers ii) positional isomers and iii) functional group isomers”
                      Apabila diteliti pernyataan ini sebenarnya terdiri daripada empat hasil pembelajaran unit
               iaitu: explain constitutional isomersm, explain chain isomerism, explain positional isomeris dan,
               explain functional group isomerism. Oleh yang demikian, berdasarkan hasil pembelajaran unit,
               bilangan  hasil  pembelajaran  bagi  setiap  tajuk  dan  keseluruhan  tajuk-tajuk  kimia  organik
               sebenarnya adalah lebih besar. Bilangan hasil pembelajaran yang lebih besar ini memberi kesan
               dan perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan bilangan
               ini dijelaskan dalam Jadual 1.

               Jadual 1
               Perbandingan Bilangan Pernyataan Hasil Pembelajaran Berbanding Hasil Pembelajaran Unit

                       Tajuk                 Bil. Hasil Pembelajaran        Bil. Hasil Pembelajaran Unit
                 11    Introduction to                  23                                31
                       Organic
                       Chemistry
                 12    Hydrocarbons                     33                                46



                                                             26
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41