Page 52 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 52

Jadual 5
                          Transkrip Temu bual Soalan 4

                           Soalan 4: Adakah penggunaan CRAM ini dapat meningkatkan motivasi anda
                           untuk belajar Fizik?
                           Pelajar 1   In sya Allah
                           Pelajar 2   Ya. Madam ada tak chapter lain dalam ni?
                           Pelajar 3   Ya. Saya rasa lebih confident untuk jawab soalan fizik.
                           Pelajar 4   Ya
                           Pelajar 5   Ya
                           Pelajar 6   Semestinya!
                           Pelajar 7   Ya. Saya berharap ada lagi untuk topik lain.
                           Pelajar 8   Ya.
                           Pelajar 9   Ya.

                                                   Perbincangan Hasil Kajian

                      Dengan purata peningkatan dalam ujian pasca sebanyak 24.8%  dan lima orang pelajar
               mendapat  skor  melebihi  50%  berbanding  hanya  seorang  pelajar  sebelum  ini  membuktikan
               keberkesanannya dalam meningkatkan daya ingatan pelajar. Dapatan kajian membuktikan pelajar
               yang lemah dapat dibantu mengingati rumus dengan menggunakan aplikasi CRAM ini. Dengan
               pencapaian  pelajar  ini,  ia  sekurang-kurangnya  dapat  membantu  pelajar  memperoleh  markah
               rumus bagi soalan yang melibatkan pengiraan. Dengan menggunakan aplikasi CRAM ini juga
               dapat  menggalakkan  pembelajaran  kendiri  dalam  abad  ke  21.  Pelajar  yang  lemah  ini  tidak
               ketinggalan dalam pembelajaran dan terus bermotivasi untuk terus maju ke hadapan.

                                                         KESIMPULAN

                      Secara umumnya,  kajian  yang telah dijalankan  menunjukkan terdapat  perubahan  yang
               positif kepada pelajar yang lemah. Walaupun kajian ini tidak berjaya mencapai kesemua objektif
               yang  telah  ditetapkan,  namun  majoriti  pelajar  didapati  telah  berjaya  meningkatkan  daya
               mengingat mereka terhadap rumus dalam tajuk Magnetic Field. Oleh itu, penggunaan CRAM ini
               haruslah  disebarluas  agar  seramai  boleh  pelajar  yang  lemah  dapat  dibantu.  Semasa
               menggunapakai  aplikasi  CRAM  ini  juga,  tidak  dinafikan  terdapat  beberapa  kekangan  yang
               dihadapi oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji mencadangkan pensyarah Fizik haruslah membantu
               pelajar mengeluarkan rumus penting bagi setiap tajuk sebelum menggunakan aplikasi CRAM ini.
               Pengkaji juga mencadangkan agar pelajar diberi pendedahan tentang cara memuat naik bahan ke
               dalam aplikasi CRAM ini bagi membolehkan pelajar menggunakan aplikasi CRAM ini bagi tajuk-
               tajuk lain atau subjek-subjek lain. Pengkaji juga mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan
               kepada subjek lain.
                        Dengan  adanya  hasil  kajian  ini,  adalah  diharapkan  kajian  ini  dapat  membantu  para
               pensyarah untuk meningkatkan mutu dan kualiti amalm pengajaran dan pembelajaran dalam abad
               ke-21 dan Revolusi Industri 4.0 ini. Pelajar yang lemah diharapkan terus diberi bimbingan agar
               berlaku kesinambungan pembelajaran dan mengurangkan keciciran.




                                                             42
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57