Page 47 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 47

OBJEKTIF KAJIAN

                      Kajian  yang  dijalankan  ini  adalah  bertujuan  untuk  mengenalpasti  keberkesanan
               penggunaan CRAM dalam membantu pelajar lemah mengingati rumus. Secara khususnya, kajian
               ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
                   1.  Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan perisian CRAM
                      dalam meningkatkan daya ingatan terhadap rumus dalam tajuk Magnetic Field.
                   2.  Mewujudkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.

                                                    METODOLOGI KAJIAN

                      Daripada 350 orang pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah yang merupakan populasi
               kajian, hanya sembilan orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini adalah terbatas
               kepada pelajar lemah daripada Program‘Personal Coaching’ yang memperoleh keputusan C dan
               C+ semasa PSPM 1 2016. Kajian ini juga hanya berfokus kepada tajuk Magnetic Field dalam
               sukatan  pelajaran  subjek  Fizik  dan  kajian  ini  juga  hanya  menilai  kebolehan  para  pelajar
               mengeluarkan rumus yang tepat mengikut kehendak soalan.
                      Satu borang soal selidik secara dalam talian iaitu ‘google form’ telah diberikan kepada
               sembilan  orang  pelajar  tersebut.  Soal  selidik  ini  bertujuan  mengetahui  punca  ketidakbolehan
               pelajar  menjawab  soalan  pengiraan  Fizik  dalam  PSPM  1  yang  lalu  terutamanya  bagi  tajuk
               Magnetic  Field.  Dalam  kajian  ini,  ujian  pra  dan  ujian  pasca  digunakan  sebelum  dan  selepas
               pendedahan kepada penggunaan aplikasi CRAM dijalankan.
                      Bagi ujian pra, satu instrument soalan yang mengandungi 15 soalan yang berkaitan dengan
               kebolehan  pelajar  memasukkan  rumus  yang  tepat  disediakan.  Setiap  satu  soalan  mewakili  2
               markah iaitu merangkumi kebolehan mengeluarkan maklumat mewakili satu markah, manakala
               rumus yang bersesuaian mewakili satu markah. Sekiranya semua soalan dijawab dengan betul,
               maka pelajar akan memperolehi 30 markah.
                      Seterusnya, ujian pasca yang menggunakan instrument ujian dan format pemarkahan yang
               sama  ini  juga  diberikan  sekali  lagi  kepada  pelajar.  Ia  diberikan  selepas  penggunaan  aplikasi
               CRAM didedahkan. Instrument ujian yang digunakan dalam ujian pra dan pasca yang dijalankan
               ini adalah untuk melihat peningkatan prestasi pelajar melalui penggunaan aplikasi CRAM dalam
               meningkat  daya  ingatan  terhadap  rumus  dalam  tajuk  Magnetic  Field  ini.  Sebagai  tambahan,
               pengkaji menjalankan temubual untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan penggunaan aplikasi
               CRAM ini.
                                      ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN KAJIAN

                                                   Dapatan soal selidik

                      Dalam soal selidik ini, pengkaji ingin mencungkil permasalahan utama apabila pelajar
               menjawab soalan pengiraan Fizik dalam tajuk Magnetic Field. Oleh itu, satu pautan ‘google form’
               telah diberikan melalui ‘WhatsApp’ dan pelajar dikehendaki menjawab soal selidik tersebut dalam
               tempoh satu hari. Hasil dapatan soal selidik ini disertakan dalam Rajah 1. Berdasarkan data yang
               diperolehi  daripada  soal  selidik  ini,  tujuh  daripada  sembilan  orang  pelajar  menunjukkan
               mempunyai masalah dalam mengingati rumus.




                                                             37
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52