Page 48 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 48

Dapatan ujian pra dan pasca

                      Ujian pra telah telah diberikan kepada para pelajar sebelum pendedahan kepada aplikasi
               CRAM. Sebelum ujian pra dijalankan, pelajar telah dimaklumkan seminggu lebih awal berkenaan
               tajuk yang hendak diuji dan objektif ujian, iaitu cara mengeluarkan maklumat dan memberikan
               rumus yang bersesuaian. Menurut Richard F. Thompson and Jeansok J. Kim. (1996), memori
               manusia hanya boleh menyimpan beberapa perkara pada beberapa ketika. Oleh itu, ulangkaji
               untuk mengingat semula pelajaran yang telah lalu adalah perlu bagi memastikan pelajar bersedia
               menjawab  ujian  yang  diberi.  Terdapat  15  soalan  yang  memerlukan  pelajar  mengeluarkan
               maklumat yang dikehendaki daripada soalan dan memberikan rumus yang bersesuaian.
                      Setelah  pendedahan  kepada  aplikasi  CRAM  yang  mengandungi  tajuk  Magnetic  Field
               dilaksanakan, ujian pasca dilakukan ke atas para pelajar. Set soalan yang sama telah diberikan
               tetapi diubah susun atur soalan untuk menilai keberkesanan penggunaan aplikasi CRAM tersebut
               pada peringkat akhir kajian. Setelah selesai ujian, keputusan ujian dianalisis dan dibandingkan
               antara keduanya untuk menilai keberkesanaan penggunaan aplikasi CRAM. Keputusan ujian pra
               dan pasca dianalisis dan ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Rajah 2.
                      Merujuk  Jadual  1,  data  yang  diperolehi  berdasarkan  ujian  pra,  lapan  orang  pelajar
               mendapat  markah  20%  dan  hanya  seorang  mendapat  markah  melebihi  50%.  Setelah  aplikasi
               CRAM  digunakan,  keputusan  ujian  pasca  menunjukkan  terdapat  peningkatan  purata  markah
               daripada  20%  kepada  42.6%.  Walaupun  terdapat  seorang  pelajar  yang  mengalami  penurunan
               sebanyak 10% pelajar lain menunjukkan prestasi yang agak cemerlang. Peningkatan minimum
               yang diperoleh ialah 3.3% bagi seorang pelajar, manakala peningkatan sebanyak 43.3% bagi dua
               orang pelajar dan melebihi 50% sebanyak lima orang pelajar berbanding hanya seorang pelajar
               sebelum ini. Perbezaan markah diperoleh dapat ditunjukkan dengan jelas oleh graf dalam Rajah
               2. Kenaikan ini membuktikan bahawa setelah pendedahan dan pengaplikasian kepada aplikasi
               CRAM  dijalankan,  ianya  telah  membantu  meningkatkan  ingatan  pelajar  mengingati  formula
               dalam tajuk ini.


































                                                             38
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53