Page 159 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 159

pentaksiran bilik darjah. Pembelajaran Abad ke-21 yang disarankan dalam Panduan ini dapat
               mengasah lagi kemahiran komunikasi murid dan murid seronok dalam sesi pembelajaran. Di
               samping  itu,  dapat  menggalakkan  murid  untuk  berdaya  saing,  merangsang  pemikiran  dan
               menggalakkan murid berkomunikasi dengan betul. Teknik penyoalan yang betul akan dapat
               membantu menggalakkan murid menjawab dengan berani dan yakin.  Pendekatan pdp guru
               yang  menggunakan  pelbagai  strategi  dan  teknik  secara  tidak  langsung  menggambarkan
               kompetensi  guru  yang baik.  Menurut Norwaliza dan Ramlee Mustapha  (2015),  guru perlu
               mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat belajar
               dalam kalangan murid-murid Orang Asli. Panduan PdP PIKAP ini juga dilengkapi dengan
               pelbagai strategi seperti Mastery Learning Strategy, dan strategi ini dapat membawa perubahan
               kepada tahap kognitif murid Orang Asli seterusnya meningkatkan motivasi mereka (Amiruddin
               & Zainudin,  2015, Chen & Osman, 2016)).

                                          CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

                       Kajian dijalankan berdasarkan persepsi guru-guru yang terlibat terhadap aspek yang
               dikaji secara tinjauan (pendekatan kuantitatif), adalah dicadangkan kajian ini menggunakan
               pendekatan mixed method iaitu gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif supaya data
               yang lebih terperinci dan menyeluruh diperolehi. Kajian ini juga dijalankan ke atas sekolah-
               sekolah terpilih sahaja, maka dapatan yang diperolehi tidak dapat digeneralisasikan kepada
               semua  sekolah  Orang  Asli  dan  Peribumi.  Dicadangkan  kajian  diperluaskan  lagi  dengan
               penambahan bilangan sampel sekolah mengikut lokasi yang boleh mewakili murid Orang Asli,
               Peribumi Sabah dan Sarawak kerana murid-murid Orang Asli dan Peribumi mempunyai latar
               belakang dan budaya yang amat berbeza. Selain daripada itu, kajian lanjutan dijalankan secara
               eksperimental. Dengan adanya kumpulan kawalan dan rawatan, serta data pre dan post, akan
               dapat mengambarkan dengan lebih jelas pencapaian murid-murid apabila diberikan intervensi
               menggunakan Panduan PdP PIKAP dengan murid-murid yang tidak menggunakan Panduan
               PdP PIKAP. Kajian eksperimental akan dapat melihat keberkesanan penggunaan panduan PdP
               PIKAP.

                                                    KESIMPULAN

                       Kajian menunjukkan kebolehlaksanaan Panduan PdP PIKAP untuk diterjemahkan ke
               dalam proses PdP. Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan pedagogi peribumi yang
               disarankan  dalam  Panduan  adalah  satu  asas  yang  kukuh  kerana  ianya  berkait  dengan
               persekitaran  dan  budaya  murid  Orang  Asli.  Secara  tidak  langsung,  dapat  membantu
               meningkatkan  minat  dan  motivasi  murid  untuk  hadir  ke  sekolah.  Guru-guru  perlukan
               bimbingan dan kursus yang berterusan dalam meningkatkan dan mendapatkan pengetahuan
               baru dalam pedagogi peribumi. Guru-guru telah mencuba pelbagai kaedah pengajaran selaras
               dengan kebolehan dan kecerdasan murid berdasarkan alam semula jadi dan persekitaran yang
               dekat dengan murid-murid Orang Asli dan Peribumi ini. Kesediaan guru dan keupayaan guru
               menterjemahkan kandungan PIKAP ke dalam PdP dapat memastikan murid menguasai sesuatu
               kemahiran dan dapat mengenali murid yang benar-benar melepasi kemahiran asas. Selain itu,
               murid  yang  belum  menguasai  tidak  terabai  kerana  konsep  pembelajaran  yang  berasaskan
               pedagogi  peribumi  tersebut  dapat  membantu  murid  menguasai  kandungan  pembelajaran.
               Panduan  ini  juga  menyediakan  aktiviti  yang  relevan  dengan  peribumi  memandangkan
               persekitaran, lokasi dan sosio budaya peribumi adalah sangat kompleks dan khusus untuk suku
               kaum tertentu. Murid peribumi yang terlibat seperti Orang Asli di Semenanjung yang terdiri
               daripada pelbagai suku kaum lain, Penan di Sarawak dan Dusun Bonggi di Sabah, mempunyai
               sosio budaya tersendiri. Lokasi dan persekitaran juga perlu diambil kira dalam menentukan
                                                           149
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164