Page 157 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 157

PERBINCANGAN

               Persepsi guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP dikenal pasti berdasarkan lima aspek
               iaitu  kefahaman  terhadap  panduan  pdp  pikap,  kesesuaian  kandungan,  penterjemahan
               kandungan  PIKAP  dalam  kelas,  kebolehlaksanaan  pentaksiran  dan  kesediaan  prasarana.
               Walaupun  secara  keseluruhan,  dapatan  menunjukkan  tahap  yang  tinggi  kecuali  aspek
               kesediaan  prasarana,  terdapat  item-item  yang  memperolehi  min  yang  rendah  yang  perlu
               dibincangkan  dan  dilaksanakan  penambahbaikan.  Dalam  aspek  kefahaman  terhadap
               kandungan PdP PIKAP, item ke-6 iaitu “Saya memahami Kandungan Program (Berdasarkan
               mata  pelajaran)  yang  ditetapkan  dalam  Panduan  PdP  PIKAP’’  mendapat  min  yang  paling
               rendah.  Hal  ini  menunjukkan,  guru-guru  masih  perlu  diberikan  kursus  untuk  memahami
               sepenuhnya  kandungan  Panduan  PdP  PIKAP  mengikut  mata  pelajaran  masing-masing.
               Peringkat sekolah atau daerah boleh memperkasakan Proffesional Learning Community (PLC)
               atau komuniti pembelajaran profesional dengan lebih berkesan untuk membincangkan dengan
               lebih  lanjut  kandungan  Panduan  PdP  PIKAP.  Amalan  di  dalam  komuniti  pembelajaran
               profesional didapati mampu membentuk budaya kolaboratif profesional di sekolah (Ismail et
               al., 2019). Pada asasnya, pengetahuan guru merangkumi pengetahuan subjek, pedagogi subjek
               dan  pengetahuan  berkaitan  perkembangan  murid  (Stoll  &  Louis,  2007)  namun  untuk
               menambah baik pengetahuan sedia ada, kolaboratif antara guru akan menghasilkan proses yang
               sistematik untuk perkongsian amalan dan kepakaran masing-masing.
                       Seterusnya  daripada  aspek  kesesuaian  kandungan  dan  penterjemahan  kandungan
               Panduan PDP PIKAP, guru dapat menyatakan elemen KBAT dalam Standard Pembelajaran,
               malahan  guru  juga  dapat  menerapkan  KBAT  dalam  PdP.  Namun  begitu,  guru-guru  perlu
               diberikan sokongan yang bagus dan bahan sumber yang bersesuaian untuk menerapkan KBAT
               dalam PdP. Hal ini selaras dengan kajian Hassan et al., 2017 yang menyatakan bahawa bahan
               sumber adalah antara kekangan utama untuk pengajaran KBAT di bilik darjah. Kekurangan
               bahan sumber dan persekitaran yang memberangsangkan merupakan halangan kepada murid
               untuk berfikir di bilik darjah. Penggunaan Panduan PdP PIKAP ini memberikan ruang kepada
               guru untuk menggunakan kreativiti masing-masing dalam penyediaan ABM yang bersesuaian
               dengan  keperluan  murid  Orang  Asli  dan  Peribumi.  Murid  Orang  Asli  dan  Peribumi  amat
               menyukai pendidikan yang tidak formal dan konstruktif di mana mereka bebas melakukan
               aktiviti seperti bermain, menyanyi dan sebagainya (Haslinda et al., 2015; Wahab & Bahiyah,
               2015) maka ABM yang disediakan oleh guru seharusnya sesuai untuk menjadi bahan mainan.
               Konsep bermain sambil belajar bagi murid Orang Asli ini dapat membangunkan keyakinan
               diri, bertanggungjawab dan merasa dihargai. Selain daripada itu, ABM yang bersesuian juga
               boleh dihasilkan daripada sumber  yang sedia ada di persekitaran dan berkait rapat dengan
               budaya mereka. Hal ini akan memudahkan mereka melalui proses pembelajaran dengan lebih
               bermakna kerana budaya dan cara hidup Orang Asli dan Peribumi ini berbeza dengan komuniti
               (Aminuddin et. al, 2019) dan secara tidak langsung, membantu guru menerapkan KBAT dalam
               PdP masing-masing.
                       Panduan PdP PIKAP dilengkap dengan kaedah pentaksiran yang lengkap dan dapat
               membantu  guru melaksanakan pentaksiran, namun kaedah pentaksiran perlu dipelbagaikan
               dengan  strategi-strategi  yang  berbeza.  Guru-guru  juga  perlu  diberikan  kesedaran  untuk
               mentafsir pembelajaran murid dalam pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, kognitif, afektif,
               dan  sosial.  Selain  daripada  itu,  penggunaan  pelbagai  teknik  pentaksiran  perlu  bertepatan
               dengan kebolehan murid dan kesesuaian dengan objektif pembeljaran yang hendak dicapai
               (Mutalib & Ahmad, 2016). Menurut Mutalib dan Ahmad (2016) juga, penggunaan pelbagai
               teknik  pentaksiran  membolehkan  penyertaan  murid  secara  aktif  dalam  proses  P&P  serta
               meningkatkan kemahiran komunikasi murid. Untuk itu, guru-guru perlu diberikan pendedahan
               dan  latihan  secara  hands  on  untuk  meningkatkan  kemahiran  membuat  pentafsiran  dengan
                                                           147
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162