Page 156 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 156
Jadual 5
Kebolehlaksanaan Pentaksiran
No. Item Min Sisihan Interpretas
piawai i skor min
1 Saya boleh mengukur pencapaian murid dengan 3.88 0.66 Tinggi
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran.
2 Saya boleh melaksanakan pentaksiran 4.06 0.67 Tinggi
berdasarkan Panduan PdP PIKAP.
3 Saya boleh menentukan tahap penguasaan murid 3.93 0.81 Tinggi
mengikut pertimbangan profesional
(professional judgement).
Jumlah Keseluruhan 3.97 0.61 Tinggi
Jadual 5 menunjukkan persepsi guru dari aspek kebolehlaksanaan pentaksiran terhadap
kandungan PdP PIKAP berada berada pada tahap tinggi (m=3.97; sd=0.611). Semua item
menunjukkan min yang tinggi dengan item 1 mempunyai min yang paling rendah iaitu item
“Saya boleh mengukur pencapaian murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran.”
(m= 3.88; sd=0.660).
Jadual 6
Kesediaan Prasarana
No. Item Min Sisihan Interpretas
piawai i skor min
1 Sekolah mempunyai kemudahan prasarana yang 3.03 0.97 Sederhana
mencukupi untuk pelaksanaan Panduan PdP
PIKAP ini.
2 Sekolah mempunyai sumber bahan bantu belajar 3.17 1.09 Sederhana
yang mencukupi untuk pelaksanaan Panduan
PdP PIKAP.
3 Sekolah mempunyai kemudahan peralatan 2.83 1.34 Sederhana
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
yang mencukupi untuk pelaksanaan mata
pelajaran ini.
Jumlah Keseluruhan 2.93 1.04 Sederhana
Jadual 6 menunjukkan persepsi guru dari aspek kesediaan prasarana berada pada tahap
sederhana (m=2.93; sd=1.039). Semua item menunjukkan min yang sederhana dengan item 3
mempunyai min yang paling rendah iaitu item “Sekolah mempunyai kemudahan peralatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang mencukupi untuk pelaksanaan mata
pelajaran ini” (m=2.83; sd=1.039).
146

