Page 20 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 20
Amalan Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah Pedalaman Sabah
1
2
Abd. Wahab Abd Hamid , Khadijah Abdul Razak, PhD
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 alqaraniey@gmail.com, khadijah.razak@ukm.edu.my
2
Abstrak
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah satu daripada elemen penting bagi memenuhi
aspirasi murid sebagaimana dijelaskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025) dan guru merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan
kejayaan pelaksanaan KBAT. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan dan amalan penerapan KBAT dalam kalangan guru serta hubungan antara
kedua-dua pemboleh ubah. Kajian kes ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi
daripada pengkaji lepas (Noorleha, 2016; Nur Hawa Hanis, 2018; Siti Mariam, 2018).
Seramai 31 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah pedalaman di Zon Utara Sabah
terlibat dalam kajian ini. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian
menunjukkan tahap pengetahuan guru berada pada tahap sederhana tinggi manakala tahap
amalan penerapan KBAT juga di tahap sederhana tinggi. Selain itu, ujian inferensi juga
menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan guru dengan
amalan penerapan KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah pedalaman.
Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan dan amalan pengajaran guru perlu dikukuhkan
bagi memastikan penerapan KBAT dilaksanakan dengan jayanya terutama di sekolah rendah
pedalaman.
Kata Kunci: KBAT, pengetahuan guru, amalan, pendidikan islam, sekolah rendah pedalaman
PENGENALAN
Kemahiran berfikir adalah satu daripada matlamat utama yang terkandung dalam sistem
pendidikan yang bukan hanya tertumpu dalam konteks pendidikan Malaysia malah di persada
global (Shukla & Dungsungneon, 2016; Ramasamy et al., 2016). Menurut Mohd Nazri et al.
(2017), pengajaran yang menerapkan KBAT perlu menjadi antara fokus utama dalam
kurikulum bagi memenuhi kehendak dan merealisasikan kemahiran abad ke-21 selain dapat
melahirkan murid yang kompeten dan berkualiti (Ruzlan, Shamsuddin & Siti Noor, 2016) serta
mampu mendepani cabaran masa kini (Noraini & Musliha, 2018). Guru merupakan penggerak
utama kepada pembudayaan KBAT dalam pembelajaran. Justeru, guru seharusnya memiliki
tahap profesionalisme yang tinggi, mahir serta terlatih (Fazlulaini et al., 2017) dan memiliki
penghayatan, kesepaduan amalan serta kemampuan mengaplikasikan setiap ilmu yang
diketahui bagi menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
Walau bagaimanapun, kajian-kajian berkenaan pelaksanaan kemahiran berfikir dalam
aspek pengajaran di dalam bilik darjah mendapati bahawa kurangnya pengetahuan dalam
kalangan guru serta kurang kemahiran dalam mengimplementasikan kemahiran berfikir
(Shamilati, Rahimah & Wan Mazwati, 2015; Yusoff & Seman, 2018). Dalam kajian lain juga
mendapati aspek pengetahuan, pemahaman dan amalan pelaksanaan KBAT masih
menunjukkan tahap yang sederhana (Hasnah Isnon & Jamaludin, 2017; Nor Hasmaliza &
Zamri, 2016; Nur Hawa Hanis & Ghazali, 2018; Siti Mariam & Kamisah, 2017). Dalam
konteks Pendidikan Islam sekolah rendah, dapatan kajian oleh Halim (2013) menyatakan
bahawa kekurangan ilmu pengetahuan telah menjadikan pengajaran guru masih kurang
10

