Page 25 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 25

Jadual 3
               Taburan Demografi Responden

                    Profil Responden                     Item               Frekuensi       Peratus (%)
                Jantina                     Lelaki                              18              58.1
                                            Perempuan                           13              41.9
                Kelayakan Akademik          Diploma                              2               6.5
                                            Sarjana Muda                        28              90.3
                                            Sarjana                              1               3.2
                Pengalaman Mengajar         Kurang 5 Tahun                      19              61.3
                                            5 hingga 10 tahun                    4              12.9
                                            11 hingga 15 tahun                   2               6.5
                                            20 tahun ke atas                     6              19.4

               Tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap penerapan kemahiran berfikir aras
               tinggi di sekolah rendah pedalaman Zon Utara Sabah

                       Jadual 4 menunjukkan keputusan analisis skor min tahap pengetahuan guru Pendidikan
               Islam terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah rendah pedalaman. Hasil
               analisis  skor  min  menunjukkan  tahap  pengetahuan  guru  ialah  min=3.92  (s.p  =0.60).
               Berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Nunally (1978), tahap pengetahuan
               guru Pendidikan Islam sekolah rendah pedalaman terhadap penerapan kemahiran berfikir aras
               tinggi berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiga aspek utama
               dalam  pengetahuan  guru  berada  pada  tahap  tinggi  iaitu,  item  mengetahui  pengaplikasian
               KBAT merupakan kemahiran untuk memenuhi keperluan abad 21 (min=4.29, s.p =0.52), item
               mengetahui definisi KBAT (min=4.19, s.p  =0.60) dan item  mengetahui KBAT dinyatakan
               dalam dokumen kurikulum Pendidikan Islam secara eksplisit (min=4.12, s.p =0.56). Keadaan
               ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam tahu kepentingan KBAT dalam pendidikan
               serta pengaplikasiannya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, guru
               Pendidikan  Islam  didapati  masih  kurang  pengetahuan  terhadap  soalan-soalan  aras  KBAT
               apabila item menguasai ciri-ciri soalan KBAT yang digunakan dalam pentaksiran mencatatkan
               min  sederhana  tinggi  iaitu  3.48  (s.p  =0.56).  Hanya  sebahagian  daripada  guru  menyatakan
               jawapan setuju (51.6%), manakala selebihnya memberikan jawapan tidak pasti (45.2%) dan
               tidak setuju (3.2%). Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat guru yang tidak menguasai
               soalan-soalan KBAT yang digunakan dalam pentaksiran.















                                                           15
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30