Page 24 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 24

Jadual 1
               Interpretasi Skor Min

                                  Skor min                                    Interpretasi
                                  4.01-5.00                                      Tinggi
                                  3.01-4.00                                 Sederhana Tinggi
                                  2.01-3.00                                Sederhana Rendah
                                  1.01-2.00                                     Rendah
                                                                                  Sumber: Nunally (1978)

               Statistik inferensi pula digunakan bagi mengkaji hubungan antara pengetahuan guru dengan
               amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 2 menunjukkan skala interpretasi
               yang digunakan untuk menentukan tahap kekuatan hubungan antara pemboleh ubah terlibat.
               Nilai r > 0 menunjukkan hubungan positif manakala nilai r < 0 menunjukkan hubungan negatif.

               Jadual 2
               Skor Julat Bagi Kekuatan Hubungan

                                    Nilai kolerasi                               Interpretasi
                        .91 hingga 1.00 atau -.91 hingga -1.00                   Sangat Kuat
                         .71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90                        Kuat
                         .51 hingga .70 atau -.51 hingga -.70                     Sederhana
                         .31 hingga .50 atau -.31 hingga -.50                       Lemah
                         .01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30                   Sangat Lemah
                                         .00                                    Tiada korelasi
                                                                                     Sumber: Chua (2014)

                                                       DAPATAN

               Demografi Responden

               Data  yang  diperoleh  telah  diuji  tahap  kenormalan  menggunakan  analisis  kepencongan
               (skewness) dan kecondongan (kurtosis). Hasil analisis menunjukkan bahawa data yang telah
               dikutip bertaburan secara normal. Bagi mengenal pasti taburan demografi responden, analisis
               deskriptif telah digunakan seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Responden terdiri daripada 18
               orang  guru  lelaki  dan  13  orang  guru  perempuan.  Daripada  jumlah  ini,  90.3  peratus  (28)
               responden kajian terdiri daripada guru yang memiliki sarjana muda, diikuti oleh 6.5 peratus (2)
               responden memiliki diploma dan paling sedikit  adalah 3.2 peratus  (1) responden memiliki
               sarjana. Jadual 3 juga menunjukkan 61.3 peratus (19) majoriti responden merupakan guru yang
               mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Islam selama kurang 5 tahun, 19.4 peratus (6)
               orang guru berpengalaman 20 tahun ke atas, 12.9 peratus (4) orang guru berpengalaman antara
               5 hingga 10 tahun dan 6.5 peratus (2) orang guru memiliki pengalaman mengajar antara 11
               hingga 15 tahun.








                                                           14
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29