Page 22 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 22

Pendidikan  Islam.  Menurut  Shukla  dan  Dungsungneon  (2016),  proses  pembelajaran  yang
               menjana  perkembangan  pemikiran  adalah  dipengaruhi  oleh  kaedah  pengajaran  yang
               bersesuaian dan persekitaran pembelajaran kerana pengintegrasian KBAT memerlukan latihan
               (Pratama  &  Retnawati,  2018).  Realitinya,  KBAT  adalah  satu  bentuk  kemahiran  yang
               diperlukan dalam diri setiap individu dalam apa-apa juga landskap pendidikan (Yen & Halili,
               2015)  kerana  kita  memerlukan  barisan  murid  yang  mampu  berfikir  dan  dapat  memenuhi
               tuntutan serta keperluan dunia tanpa henti  (Vijayaratnam,  2012). Justeru itu, peranan guru
               merupakan  elemen  penting  ke  arah  mencapai  hasrat  murni  ini.  Pengetahuan  dan  amalan
               pengajaran  guru  merupakan  elemen  penting  bagi  menerapkan  KBAT  menerusi  proses
               pembelajaran yang berkesan (Ruzlan et al., 2016).

               Konsep Pengetahuan Guru

               Pengetahuan  ialah  keupayaan  seseorang  dalam  menyebut  dan  menjelaskan  semula  sesuatu
               perkara  yang  diketahui  dan  melibatkan  aktiviti  mental  merangkumi  dua  atau  lebih  konsep
               (Kamarudin, 2010). Seorang guru yang berkesan harus memiliki pengetahuan yang tinggi serta
               mampu  menguasai  ilmu  pedagogi  yang  akan  membantu  dalam  proses  menaakul  tentang
               keseluruhan  pengajaran  secara  lebih  kreatif  (Norhaya,  2015).  Pengajaran  guru  akan  lebih
               bersifat tradisional sekiranya guru kurang menguasai pengetahuan (Zamri, 2014). Oleh itu,
               penerapan  kemahiran  berfikir  aras  tinggi  menuntut  guru  untuk  memiliki  pengetahuan
               berkenaan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, strategi pengajaran, pengetahuan sedia ada murid
               serta kepentingan dan kelebihan KBAT (Kementerian Pendididkan Malaysia, 2014).
                       Kajian berkenaan pengetahuan guru terhadap KBAT yang telah dijalankan oleh Wan
               Ismail et al. (2016) menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam berada pada
               tahap tinggi. Dalam pada itu, kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Aderi, Mohd Talhah dan
               Engku Zarihan (2017) terhadap amalan guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan KBAT
               mencatatkan pengetahuan guru berada pada tahap tinggi.  Secara keseluruhannya, kejayaan
               pelaksanaan  kurikulum  yang  melibatkan  KBAT  adalah  bergantung  kepada  pengetahuan
               individu yang melaksanakannya iaitu guru (Salleh, 2003). Oleh yang demikian, pembelajaran
               yang berkualiti dan berkesan serta menerapkan KBAT akan dapat dilaksanakan sekiranya guru
               memiliki pengetahuan yang tingi terhadap KBAT dan perkara ini merupakan elemen penting
               yang sangat diperlukan (Abdullah et al., 2017).

               Amalan Pengajaran

               Amalan  pengajaran  guru  merupakan  prosedur  serta  kaedah  yang  dijalankan  dalam
               menyampaikan isi kandungan serta objektif pembelajaran kepada para murid agar kefahaman
               mereka terhadap sesuatu perkara dapat diperkukuhkan (Ab. Halim, Khadijah & Shahrin et al.,
               2010). Penerapan KBAT dalam proses pengajaran melibatkan aktiviti guru dalam memberi
               arahan  kepada  murid  untuk  membuat  inferens  berdasarkan  bukti,  membuat  andaian  dan
               generalisasi, bersifat kritikal terhadap maklumat dan idea, memberi pendapat, menilai idea
               (Rajendran,  2001)  serta  aktiviti  lain  melibatkan  kemahiran  berfikir  seperti  penyelesaian
               masalah,  pemikiran  kreatif  dan  kritis  serta  kemahiran  membuat  keputusan  (Rosnani  &
               Suhailah,  2003).  Oleh  itu,  amalan  guru  merupakan  perbuatan  guru  dalam  menggunakan,
               menerapkan dan menyebatikan pengajaran KBAT di dalam proses pembelajaran.
                       Kajian  yang  dilaksanakan  oleh  Mohd  Aderi  (2014)  menjelaskan  daripada  aspek
               amalan,  penggunaan  bahan  bantu  mengajar  dalam  kalangan  guru  Pendidikan  Islam  adalah
               masih kurang dan hanya memilih menggunakan buku teks. Dapatan kajian oleh Norasmahani
               et al. (2015) mendapati tahap interpretasi aspek kefahaman KBAT dalam proses pembelajaran
               Pendidikan  Islam  serta  pelaksanaan  pengajaran  adalah  sederhana.  Namun,  daripada  aspek
                                                           12
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27