Page 158 - mewarna pelangi
P. 158

Air mata Zarah jatuh menitis membasahi meja.




                          Kemudian lalu dikesatnya dengan sehelai tisu. Selepas itu, kedua-


                   dua  biji  matanya  mengamati  tepat  sebuah  lukisan  pemandangan  air

                   terjun di pinggir kali yang melekap di dinding.




                          Alangkah damainya! Kalau aku dapat memiliki kehidupan seperti


                   itu.




                          Entahlah! Dia sendiri tak pasti. Bilakah ia akan menjelma? Tuhan

                   amat berkuasa dalam mengatur arah perjalanan hidup manusia.




                          Nyata sekali dia adalah seorang wanita yang lemah.




                          Seringkali  memunajatkan  doa  dan  berserah.  Serta  sentiasa


                   berusaha  untuk  menguatkan  diri.  Dalam  mengharungi  liku-liku  hidup

                   ini.




                          Perjalanannya masih jauh lagi.





                          Di  mana  perhentiannya?  Selagi  kita  masih  bernafas  kita  akan

                   terus  menitinya.  Ada  ketikanya  hidup  ini  terlalu  rapuh.  Ibarat  ranting

                   yang patah mudah jatuh bila ditiup angin.





                                                             158
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163