Page 48 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 48
2. 50 (a). “ Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian
penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah
dalam satu-satu tahun itu.
3. Bagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima beberapa sungutan dari
guru-guru yang menyatakan tidak puas hati dengan perlaksanaan peraturan-peraturan yang
tersebut dalam perenggan 2 diatas sehingga mendatangkan beberapa kesulitan kepada guru-
guru yang berkenaan. Misalnya, mesyuarat guru-guru diadakan dipertengahan cuti sekolah
menyebabkan guru yang tinggal di luar daerah / negeri atau bercuti ditempat-tempat lain
terpaksa balik untuk menghadiri mesyuarat sehari. Seterusnya pernah berlaku dimana guru
dipanggil balik satu hari dipertengahan cuti sekolah untuk menguruskan perkara-perkara
yang tidak seberapa mustahak. Kadangkala guru dipanggil balik kesekolah untuk bertugas
tanpa tugas-tugas tertentu.
4. Adalah dicadangkan bahawa Guru Besar hendaklah merancangkan segala tugas di waktu cuti
penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugas-tugas akan dibahagi-bahagikan dengan
saksama dan teratur. Dengan ini kesulitan yang dihadapi guru-guru dapat dikurangkan.
Kementerian Pendidikan bersetuju pada prinsipnya bahawa guru-guru tidak seharusnya
diwajibkan bertugas secara bergilir-gilir untuk menjalankan tugas-tugas ketika Guru
Besar/Penolong Kanan tidak bercuti semasa cuti penggal, khasnya di pertengahan cuti
penggal sekolah.
GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan
kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum
loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera
dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual dikantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan murid disekitar kawasan sekolah serta mengawal harta benda
sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu
persekolahan didalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara dicatat ialah :
12.1 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan.
12.2 Murid ponteng, tidak hadir atau sakit.
12.3 Lawatan-lawatan atau pelawat.
12.4 Ucapan atau pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan.
12.5 Laporan hari Isnin ditulis didalam buku khas mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan didalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
| 42

