Page 46 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 46

3.4  Mengisi kad 001.
                     3.5  Menyediakan dan mengisi:
                         a)  “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan akhir sekolah
                         b)  Kad 001
                         c)  Sijil berhenti dan surat akuan bagi murid yang meneruskan persekolahan lulus.

                  4.  MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN.
                     4.1  Memberikan galakan, motivasi dan meransangkan minat murid terhadap akademik.
                     4.2  Mengalakkan  pertandingan  yang  berbentuk  akademik  dan  memberikan  hadiah  (jika
                         perlu)
                     4.3  Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid
                     4.4  Melaporkan  kepada  Guru  Bimbingan  dan  Guru  Kaunseling  jika  terdapat  kemerosotan
                         murid dikalangan murid.
                     4.5  Melaporkan  kepada  Guru  Kesihatan  jika  terdapat  murid  yang  menghadapi  masalah
                         kesihatan.
                     4.6  Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin sekolah.
                     4.7  Melaporkan kes “ponteng” mengikut prosedur yang berikut:
                         a)  Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang ‘Melanggar Peraturan Sekolah’
                             yang dapat diperolehi dari Penyelaras Aliran atau Bilik Disiplin.
                         b)  Menghantar satu salinan borang itu kepada ibubapa.

                  5.  BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN
                     5.1  Memastikan  skim  pinjaman  buku  teks  diagihkan  kepada  murid  yang  layak  dan
                         memastikan buku tersebut dibalut dan ditulis nama.
                     5.2  Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
                     5.3  Memulangkan  buku  teks pada  tarikh  yang  ditetapkan  dan  menyenaraikan  nama  murid
                         yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada
                         guru SPBT.
                     5.4  Mengenalpasti  murid  yang  layak  menerima  sebarang  bentuk  bantuan  yang  lain  dan
                         melaporkan kepada Guru Kebajikan.
                     5.5  Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dikalangan
                         murid yang mendapat biasiswa.

                  6.  KUTIPAN YURAN DAN DERMA
                     6.1  Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan murid membayarkesemua
                         yuran sekaligus.
                     6.2  Mengutip derma PIBG.
                     6.3  Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan.
                     6.4  Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
                     6.5  Menyerahkan  wang  kutipan  yuran  sekolah  dan  wang  peperiksaan  serta  buku  kutipan
                         yuran kepada Penolong Kanan.
                     6.6  Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

                  7.  PENDAFTARAN MURID BARU.
                     7.1  Menerima kemasukan murid baru dari pejabat sekolah
                     7.2  Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor
                         pendaftaran murid baru dari buku kemasukan murid dari Pembantu Tadbir.
                     7.3  Menentukan penerimaan Borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan
                         memastikan murid-murid ini mendapat buku teks.
                     7.4  Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada
                         Guru Biasiswa.
                     7.5  Menentukan menerima kad kemajuan murid dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu.
                     7.6  Menentukan rumah sukan.
                     7.7  Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.



                                                                                                      | 40
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51