Page 47 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 47

8.  MURID KELUAR
                     8.1  Menentukan Borang SPBT, kad kemajuan murid dan kad 001 dihantar ke pejabat.
                     8.2  Menentukan hal-hal peperiksaan telah di sempurnakan.
                     8.3  Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
                     8.4  Menentukan buku teks telah dipulangkan.
                     8.5  Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

                  9.  PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN
                     9.1  Menentukan setiap murid mempunyai rumah sukan.
                     9.2  Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama
                         mereka mengikut persatuan ,kelab, dan badan beruniform yang dipilih oleh Penyelaras
                         Kokurikulum.
                     9.3  Mengalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

                  GURU PENYELARAS ALIRAN

                  1.   Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah jagaannya.
                  2.   Kuota murid mengikut kaum mesti dipatuhi. Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang / Guru
                      Besar mesti dimaklumkan.
                  3.   Membantu guru kelas membuat pengagihan buku teks bantuan kerajaan (SPBT)
                  4.   Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak menerima
                      bantuan/biasiswa.
                  5.   Memaklumkan  kepada  Guru  Besar  /  Penolong  Kanan  /  Penolong  Kanan  Petang  tentang
                      jumlah murid dalam setiap kelas dari masa ke semasa.
                  6.   Penyelaras Tahun 6 bertindak sebagai Penyelaras peperiksaan UPSR.
                  7.   Memastikan  surat-surat kelulusan  kemasukan murid  baru  disimpan  didalam daftar  masuk
                      (ikut darjah) dengan kemas dan teratur.
                  8.   Bekerjasama  dengan  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  bagi  mendapatkan  kad-kad  berikut
                      untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid:
                      8.1  Buku Kad Kemajuan Murid
                      8.2  Kad Gerko/ Buku Gerko
                      8.3  Kad 001 / 002
                      8.4  Borang Kelulusan Pinjaman SPBT
                  9.   Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat.
                      Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta.
                  10.  Bekerjasama dengan Penyelaras Peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
                  11.  Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan UPSR.
                  12.  Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru-guru tahun satu
                      untuk mengagihkan kemasukan murid.
                  13.  Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia dikemaskini.
                  14.  Bertanggungjawab  menjaga  dan  menguruskan  buku  pendaftaran  murid.  Buku  ini  mesti
                      disimpan di pejabat.
                  15.  Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.
                  16.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


                  TUGAS-TUGAS GURU DALAM CUTI PENGGAL SEKOLAH
                  Adalah  dimaklumkan  bahawa  semua  guru-guru  sebagai  kakitangan  Kerajaan,  adalah  tertakluk
                  kepada perenggan 15 Bab A dan perenggan 50 (a) Bab C, Perintah-perintah Am.


                  Peraturan-peraturan yang dimaksudkan itu adalah berbunyi:

                  Perintah-perintah Am- Bab C
                  1.  Seorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan segala tugas-tugas jawatannya dan lain-
                      lain tugas yang sesuai yang ia mungkin diarahkan untuk menjalakannya dari masa ke semasa.


                                                                                                      | 41
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52