Page 49 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 49

14. Perhimpunan
                       14.1  Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
                       14.2  Memastikan  bendera-bendera,  pembesar  suara  dan  tempat  duduk  guru  telah
                             disediakan.
                       14.3  Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.


                  TATACARA  MENGENDALI PERHIMPUNAN PAGI / PETANG
                  1.  Ketua  guru  bertugas  mingguan  bertanggungjawab  mengelolakan  perhimpunan.  Tugas  ini
                      mengikut giliran yang telah ditetapkan.
                  2.  Guru-guru bertugas lain dikehendaki berada dalam barisan murid untuk memastikan segala-
                      galanya  berada  dalam  keadaan  baik,  seperti  meluruskan  barisan,  senyap  dan  memberi
                      perhatian  /  tumpuan  sepenuhnya  terhadap  taklimat  yang  disampaikan  oleh  guru  bertugas
                      dan lain-lain.
                  3.  Ketua  guru  bertugas  dikehendaki  memastikan  alat  pembesar  suara  dipasang  lebih  awal  di
                      tapak perhimpunan.
                  4.  Semua  guru  bertugas  yang  dilantik  pada  /  dalam  minggu  berkenaan  adalah
                      bertanggungjawab mengawas kebersihan kawasan sekolah, kebersihan kelas, kantin, disiplin
                      murid dan sebagainya.
                  5.  Selain daripada perhimpunan pada hari Isnin, murid-murid juga dikehendaki beratur di tapak
                      perhimpunan untuk bacaan doa.
                  6.  Perlu diketahui bahawa perhimpunan pagi / petang adalah wajib. Satu peruntukan khas
                      terdapat dalam jadual waktu. Semua guru wajib hadir.




















































                                                                                                      | 43
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54