Page 18 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 18
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
b. Anak tiri tanggungan
c. Anak angkat de facto
d. Anak angkat dan anak pelihara
*bawah umur 18 tahun/21 tahun jika masih belajar
4.6.3 Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum
lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang
dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau
swasta.
4.6.4 Senarai penyakit berjangkit:
a.Penyakit tangan, kaki dan mulut
b.Demam denggi dan demam denggi berdarah
c.Campak
d.Chickenpox
e.Difteria
f. Malaria
5. Pakaian
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan (rujuk
pekeliling Iktisas Bil. 6/85 ), sesuai dengan profesional keguruan dan masyarakat
timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.
5.4.1 Guru Perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemaja-T, kemeja
sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
5.4.2 Guru Lelaki – seluar trek/ panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju
trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
5.5. Peraturan pemakaian SMK Taman Putri ( Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil. 5
: Pakaian Seragam dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor )
:-
5.5.1. Ahad - Semua guru memakai baju korporat rasmi/ Baju Kurung Johor
(perempuan)
5.5.2. Isnin - Semua guru lelaki memakai kemeja putih lengan panjang bertali leher
merah dan guru perempuan memakai pakaian Baju Kurung Johor
bertemakan warna merah
5.5.3. Selasa - Semua guru lelaki memakai kemeja lengan panjang bertali leher dan
guru perempuan memakai pakaian Baju Kurung Johor
5.5.4. Rabu - Semua guru memakai pakaian unit beruniform ( lengkap )
5.5.5. Khamis - Guru lelaki Islam memakai Baju Melayu Johor bersampin
( dagang luar ) dan guru perempuan memakai pakaian baju kurung.
18

