Page 20 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 20
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
10. Buku Rekod Mengajar (e-rekod)
10.1 Mulai tahun 2016, SMK Taman Putri menggunakan e-rekod VLE menggantikan
Buku Rekod Mengajar. Semua guru hendaklah ’share’ e-Rekod dengan pengetua
dan pentadbir yang berkenaan pada awal tahun sesi persekolahan.
10.2 E-rekod hendaklah diuruskan dengan baik, sentiasa dikemaskini pada setiap hari
sesi persekolahan dan akan disemak pada bila-bila masa sahaja oleh pentadbir.
10.3 Butir-butir berikut hendaklah diisi dan dikemaskini ;
10.3.1. e-RPH
10.3.2. Maklumat guru
10.3.3. Surat aku janji
10.3.4. Jadual waktu guru
10.3.5. Kalendar persekolahan
10.3.6. Senarai buku teks / rujukan
10.3.7. Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran / DSKP
10.3.8. Rancangan Pelajaran Tahunan
10.3.9. Analisis Pencapaian Murid
10.3.10. Ulasan Penilaian dan Pencerapan
10.3.11. Perbincangan dan Pertemuan Profesional
10.3.12. Lampiran
10.3.13 Bank Soalan
10.3.14. PBD/ Pelaporan
10.3.15. “My Portfolio”
10.4 Semua maklumat seperti di atas dan maklumat lain yang diperlukan adalah
seperti yang telah diberikan oleh Penyelaras supaya seragam bagi semua guru.
11. Jadual Waktu
11.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
11.3 Guru mestilah mematuhi masa jadual waktu – jangan keluar dari kelas lebih
awal dan masuk kelas lewat.
12 Jadual Ganti
12.1 Guru-guru hendaklah mematuhi Jadual Ganti yang ditetapkan
12.2 Jadual Ganti adalah dianggap sebagai waktu mengajar
12.2 Guru hendaklah berada di dalam kelas sewaktu kelas gantian.
12.3 Guru mestilah melaksanakan PdPc berdasarkan modul guru ganti yang diberi.
12.4 Sekiranya tiada modul guru ganti, guru dikehendaki mendapatkan bahan dari
bilik BBM
12.6 Guru ganti perlu merekodkan aktiviti yang dilaksanakan semasa ”relief” dalam Erph.
20

