Page 114 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 114
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 107
pengalaman membolehkan seseorang individu melakukan sesuatu tugasan secara
positif dalam memperbaiki sesuatu keadaan dalam organisasi dengan lebih berkesan.
Menekankan aspek berkenaan, gabungan pendidikan teras berserta ilmu
keusahawanan diharap dapat menggalakkan para pelajar ke arah menghasilkan
output secara praktikal untuk keperluan dan kehendak kehidupan. Justeru kajian ini
dilakukan bertujuan mengenal pasti peranan pengalaman sebagai moderator antara
personaliti keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam
kalangan pensyarah IPG.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pengalaman
berperanan sebagai moderator terhadap kesan antara sikap keusahawanan dalaman,
kompetensi keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam
kalangan pensyarah IPG.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan bagi kajian ini adalah; adakah pengalaman berperanan sebagai moderator
terhadap kesan antara sikap keusahawanan dalaman, kompetensi keusahawanan
dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan pensyarah IPG?
KEPENTINGAN KAJIAN
Creswell (2005) telah menyarankan supaya kepentingan kajian dinyatakan daripada
tiga aspek iaitu penambahan ilmu dan literatur, penambahbaikan amalan dan
pembentukan dasar. Dari sudut penambahan ilmu dan literatur, kajian ini sangat
penting kerana dapat menambah khazanah ilmu tentang peranan pengalaman
sebagai moderator terhadap kesan antara sikap keusahawanan dalaman, kompetensi
keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan
pensyarah IPG. Manakala dalam konteks penambahan literatur, dapatan kajian akan
dapat menambahkan lagi sorotan literatur dalam negara khususnya berkaitan
keusahawanan dalaman, kesediaan penerapan elemen keusahawanan dan peranan
pengalaman sebagai moderator terhadap sikap keusahawanan dalaman, kompetensi
keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan
pensyarah IPG.
Dari sudut amalan, kajian ini sangat penting kerana pelaksanaan dan dapatan
kajian ini dapat membantu pelbagai pihak, khususnya pensyarah IPG. Selaku agen
penghasilan guru terlatih, peranan dan fungsi pensyarah semakin kompleks
diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program pendidikan guru dan juga pihak
sekolah. Oleh itu, masanya sudah tiba untuk IPG menyesuaikan proses
pembaharuan bagi memenuhi tuntutan dan realiti wawasan yang diperlukan. Pada

