Page 111 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 111
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 104
entrepreneurial personality of IPG lecturers with their readiness to apply
entrepreneurial elements. Overall this study provides an alternative answer that the
experience possessed by lecturers can produce quality education. Such an effective
experience situation can ensure that they are always prepared for the challenges and
needs of dynamic educational change such as the needs of revolution 4.0.
Experienced lecturers are able to provide strong values, beliefs, decision-making skills
and more precise actions in performing tasks effectively
Keywords: Entrepreneurial Personality, Experience, Readiness, Entrepreneurial
Elements, Revolution 4.0
PENGENALAN
Tuntutan keperluan Revolusi 4.0 memerlukan reaksi pantas pengajar dan pelajar
untuk berubah agar tidak ketinggalan. Mereka diharapkan mempunyai kemampuan
untuk mendukung cabaran perubahan secara globalisasi dalam memperkasakan
kualiti pendidikan. Justeru aspek pengalaman para pengajar perlu sentiasa
diperbaharui supaya seiring dengan keperluan revolusi yang berlaku. Pengajar dan
pengalaman yang dimiliki merupakan antara elemen penting dalam menjana
pendidikan berkualiti. Di samping tahap pendidikan yang dikuasai, dua elemen ini
perlu dimantapkan sesuai dengan tuntutan ke atas pengajar sebagai golongan yang
berada di barisan hadapan dalam menjayakan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan
yang sering berubah mengikut keperluan kemahiran terkini. Para pengajar dianggap
sebagai penggerak masyarakat berilmu dan berpengalaman tinggi bagi memastikan
keberhasilan pelajar. Kualiti pendidikan bergantung pada kualiti pengajar. Malah,
kejayaan pendidikan itu sendiri umumnya berkait rapat dengan kesedaran pengajar
terhadap profesion, pengalaman yang dimiliki, kelengkapan keilmuan dan keluruhan
peribadi, identiti serta personaliti. Kesepaduan antara elemen-elemen tersebut
merupakan kriteria peribadi pendidikan yang tidak boleh dipisahkan sebaliknya
menjadi contoh yang berkesan (Malek 2011; Anita 2015).
Melihat kepada senario isu yang dibincangkan ini mendorong pengkaji
melaksanakan kajian untuk merumuskan implikasi terhadap pensyarah di IPG dalam
konteks peranan pengalaman yang dimiliki oleh pensyarah di IPG untuk memenuhi
perubahan kurikulum yang berkaitan elemen merentasi kurikulum yang disarankan
oleh KPM. Pensyarah di IPG merupakan tenaga pengajar adalah sebagai ‘educator’
kepada bakal guru yang akan menjalankan tugas dan amanah berkenaan di sekolah
apabila mereka berkhidmat. Implementasi pengalaman yang dimiliki di samping
kesediaan terhadap perubahan seharusnya dapat membina ciri-ciri insan yang
mempunyai jati diri ke arah kehidupan sebenar yang mampu bersaing menghadapi
cabaran dunia globalisasi hari ini.

