Page 110 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 110

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 103


                        PENGALAMAN SEBAGAI MODERATOR ANTARA PERSONALITI
                KEUSAHAWANAN DAN KESEDIAAN PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN
                        DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU


                                     1 Rosmani Ali, PhD (rosmani@ipgm.edu.my)
                                  1 Nurhijrah Zakaria, PhD (nurhijrah@ipgm.edu.my)
                                    1 Yuslaini Yunus, PhD (yuslaini@ipgm.edu.my)
                                   1 Asyraf Ridwan Ali, PhD (asyraf@ipgm.edu.my)

                                           1 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail



                                                        Abstrak

               Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan pengalaman sebagai moderator terhadap
               personaliti keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam
               kalangan pensyarah IPG. Kaedah pengumpulan data adalah secara tinjauan dengan
               menggunakan borang soal selidik yang dilaksanakan terhadap 220 orang pensyarah
               IPG  Zon  Timur.  Data  kajian  dianalisis  dengan  menggunakan  perisian  SPSS  dan
               Amos. Keputusan analisis menunjukkan bahawa pengalaman pensyarah yang dikaji
               memberi  kesan  terhadap  personaliti  keusahawanan  dan  kesediaan  penerapan
               elemen  keusahawanan.  Justeru  pengalaman  pensyarah  IPG  berperanan  sebagai
               moderator  antara  personaliti  keusahawanan  pensyarah  IPG  dengan  kesediaan
               mereka  menerapkan  elemen  keusahawanan.  Secara  keseluruhannya  kajian  ini
               memberikan  jawapan  alternatif  bahawa  pengalaman  yang  dimiliki  oleh  pensyarah
               dapat menghasilkan pendidikan berkualiti. Situasi pengalaman yang efektif sebegini
               dapat  memastikan  mereka  sentiasa  bersedia  terhadap  cabaran  dan  kehendak
               perubahan pendidikan yang dinamik seperti keperluan Revolusi 4.0. Para pensyarah
               yang  berpengalaman  berupaya  menyediakan  nilai  yang  kukuh,  kepercayaan,
               kemahiran membuat keputusan dan tindakan yang lebih tepat dalam melaksanakan
               tugas dengan berkesan.


               Kata kunci: Personaliti Keusahawanan, Pengalaman, Kesediaan, Elemen
                            Keusahawanan, Revolusi 4.0



                                                        Abstract

               This study aims to identify the role of experience as a moderator on entrepreneurial
               personality and readiness to apply entrepreneurial elements among ipg lecturers. The
               method of data collection is by survey using a questionnaire implemented on 220 east
               zone IPG lecturers. Study data were analyzed using SPSS and Amos software. The
               results of the analysis show that the experience of the lecturers studied affects the
               entrepreneurial personality and the readiness to apply the entrepreneurial elements.
               Thus,  the  experience  of  IPG  lecturers  serves  as  a  moderator  between  the
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115