Page 83 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 83
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 76
PROJEK NPDL PDPP BAHASA JEPUN: WA (HARMONI)
1 Ang Chooi Kean, PhD (angchooikean@ipgm.edu.my)
1 Ngu Moi Kwe (moikwe@ipgm.edu.my)
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Abstrak
Projek New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) bagi Program Diploma Pasca
Siswazah (PDPP) Pendidikan Bahasa Jepun menggabungjalinkan tiga kursus, iaitu
Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2053), Pedagogi Bahasa Jepun
(BJPB2023) dan Budaya Jepun (BJPB2053) bagi memberikan pendedahan
terhadap NPDL serta memperkukuh kemahiran merancang dan melaksanakan
projek NPDL dalam kalangan siswa pendidik PDPP Bahasa Jepun. Kajian ini
bertujuan mengkaji sejauh manakah pelaksanaan projek NPDL ini telah dapat
menerapkan elemen 6C (komunikasi, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi,
karakter/sahsiah dan kenegaraan) dalam proses pembelajaran oleh 15 orang siswa
pendidik PDPP Bahasa Jepun. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik
dalam talian yang telah dibina dalam Google Forms. Hasil kajian menunjukkan
pencapaian pada tahap yang tinggi bagi penerapan elemen 6C serta pemerolehan
pelbagai manfaat pengalaman pembelajaran. Kajian ini memberikan suatu
pandangan (insight) dalam menilai tahap kejayaan sesuatu projek NPDL khususnya
konteks pembelajaran mendalam dalam erti kata sebenar.
Kata Kunci: NPDL, elemen 6C, pendidikan guru bahasa Jepun, budaya Jepun
Abstract
The NPDL Project for Postgraduate Diploma Programme (PDPP) of Japanese
Language Education combines three courses, namely Teknologi dan Media
Pengajaran (EDUP2053), Pedagogi Bahasa Jepun (BJPB2023) and Budaya Jepun
(BJPB2053) to provide exposure to New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) as
well as strengthening the skills to plan and implement NPDL projects among the 15
PDPP Japanese language student teachers. This study aims to examine the extent to
which the implementation of this NPDL project has been able to apply the 6C elements
(communication, critical thinking, creative thinking, collaboration, character building
and citizenship) in the learning process. The research instrument used was an online
questionnaire using Google Form. The results show a high level of achievement for
the application of 6C elements as well as the acquisition of learning experience

