Page 85 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 85
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 78
millenium baru yang kian diselubungi volatiliti, ketidakpastian, kompleksiti dan
kekaburan atau VUCA (Volatile, Uncertainty, Complexity, Ambiguity). Kemajuan pesat
dalam teknologi telah membawa perubahan mendadak dalam kaedah pengajaran-
pembelajaran serta persekitaran pembelajaran (Dunwill, 2016). NPDL merupakan
pedagogi baharu yang telah disebarkan dan diwajibkan dalam perancangan dan
pelaksanaan pentaksiran kursus secara integratif antara kursus-kursus dalam
program oleh institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mulai tahun 2019. Kajian ini
berpandukan definisi dan istilah elemen 6C yang boleh dirujuk dalam lampiran.
Kompetensi 6C merupakan intipati pedagogi baharu untuk pembelajaran
mendalam. Tujuannya adalah untuk membolehkan institusi pendidikan menghasilkan
pelajar yang sesuai dengan keperluan dan kehendak alam pekerjaan masa depan.
Pembelajaran mendalam menurut Fullen dan Scott (2014), memerlukan penerapan
tiga elemen utama dalam pedagogi guru, iaitu pembelajaran kolaboratif (antara dan
dalam kalangan guru dan murid), tugasan pembelajaran mendalam (yang
menstrukturkan proses pembelajaran ke arah penggunaan pengetahuan secara
bertujuan (purposeful) dan atau penciptaan pengetahuan baru dan penggunaan
peralatan dan sumber digital (yang dapat meningkatkan dan mempercepatkan proses
pembelajaran). Pada pihak pelajar pula, mereka perlu memiliki tiga elemen yang
saling berkaitan untuk mencapai pembelajaran mendalam: masteri, identiti dan
kreativiti (Mehta & Fine, 2019). Masteri merujuk kepada penguasaan pengetahuan
dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Identiti seseorang terbentuk apabila pelajar
berkemampuan menghubungkaitkan diri individu dengan bidang berkenaan.
Contohnya, saya seorang guru bahasa Jepun dan bukannya saya mengajar bahasa
Jepun. Kreativiti pula merujuk kepada kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan
pemahaman kandungan tersebut terhadap lapisan pembelajaran seterusnya.
Persekitaran terbaik bagi memupuk pembelajaran mendalam adalah di luar
bilik darjah konvensional melalui aktiviti ekstra kurikulum (Flanagan, 2019) seperti
kelab, drama, sukan, muzik dan lain-lain. Di laman latihan inilah pelajar melalui
penguasaan alat digital, bebas menyelami bidang yang menarik minat masing-
masing, mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperoleh secara cuba jaya
sehingga berjaya mencipta sesuatu yang bermakna bagi diri sendiri. Oleh itu, guru
perlu memastikan pelajar dipupuk dengan kompetensi yang relevan agar dapat
melahirkan insan yang kreatif dan berkemampuan menyelesaikan masalah serta
menyesuaikan diri dengan perubahan pesat alam siber dan memberi sumbangan
demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
Menurut Loose (2019), proses untuk membangun kerangka pembelajaran
mendalam bagi mencapai kompetensi 6C dicapai melalui empat tahap: (i)
memperoleh kompetensi 6C, (ii) mereka bentuk pembelajaran yang mengintegrasikan
amalan pedagogi, perkongsian pembelajaran, persekitaran pembelajaran, dan
memanfaatkan teknologi digital, (iii) memastikan persekitaran sesuai untuk
pelaksanaan pembelajaran mendalam di peringkat sekolah/institusi pendidikan

