Page 86 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 86

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 79


               dengan memenuhi lima (5) syarat keperluan (visi, kepimpinan, budaya berkolaboratif,
               pembelajaran mendalam dan pentaksiran/penilaian baharu) dan (iv) memperkembang
               pelaksanaan dan pemupukan pembelajaran mendalam ke peringkat ‘lingkaran luar’.
               Projek  NPDL  dalam  kajian  ini  merangkumi  kesemua  empat  tahap  ini.  Walau
               bagaimanapun, ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid
               19,  pelaksanaan  tahap  keempat  yang  memerlukan  pelaksanaan  yang  melibatkan
               pelibatan guru dan pelajar di sekolah terpaksa diubah suai mod asal pelaksanaan
               daripada kem pembelajaran secara bersemuka kepada mod alternatif secara dalam
               talian dengan menggunakan aplikasi e-buletin Padlet.

                       Pada hakikatnya, cabaran pelaksanaan PKP telah membuka peluang kepada
               siswa  pendidik  melalui  proses  pembelajaran  yang  lebih  mendalam.  Mereka  telah
               dapat melaksanakan perbincangan dan penilaian kendiri dengan rakan sebaya dan
               seterusnya  menambahbaikkan  hasil  kerja  melalui  perkongsian  pautan/URL  Padlet
               bagi  projek  kumpulan  masing-masing.  Lanjutan  daripada  itu,  mereka  juga  telah
               mengolah  penilaian  pembelajaran  dan  projek  menggunakan  pelbagai  kaedah
               alternatif dalam talian. Perkara ini sejajar dengan saranan oleh Fisk (2017) tentang
               sembilan  trend  yang  perlu  dipatuhi  dalam  NPDL.  Sembilan  trend  tersebut  ialah
               pembelajaran

                       (i)    pada bila-bila masa dan di mana sahaja,
                       (ii)   bersifat peribadi (personalised),
                       (iii)   berlandaskan pilihan bebas pelajar
                       (iv)   berasaskan projek,
                       (v)    melalui pengalaman di lapangan (internship, mentoring),
                       (vi)   menggunakan tafsiran data
                       (vii)   dinilai melalui pelbagai cara alternatif
                       (viii)   milik pelajar (terlibat dalam mereka bentuk kurikulum)
                       (ix)   secara berdikari (independent learning) melalui proses pementoran

                       Kajian  ini  bertujuan  mengkaji  sejauh  manakah  siswa  pendidik  Program
               Diploma  Pasca  Siswazah  Pendidikan  Bahasa  Jepun  di  Institut  Pendidikan  Guru
               Kampus  (IPGK)  Bahasa  Antarabangsa  dapat  menerapkan  kompetensi  6C
               (komunikasi, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, karakter dan sahsiah serta
               kenegaraan) dalam proses pembelajaran.





               OBJEKTIF KAJIAN

               Projek  NPDL  dalam  kajian  ini  telah  mengutarakan  beberapa  cara  6C  dapat,  dan
               seharusnya,  disepadukan  dalam  pengajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  mata
               pelajaran Bahasa Jepun (PDPP), terutama di sekolah menengah bagi meningkatkan
               status pembelajaran pelajar daripada tahap penyertaan kepada tahap pelibatan dalam
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91