Page 88 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 88

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 81


                       Soal selidik ini telah dibina dalam Google Forms dan diuji cuba melalui kajian
               rintis   untuk    mendapatkan       pengesahan      terhadap     tahap    kesahan      dan
               kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Google Forms dipilih kerana medium dalam
               talian ini bukan sahaja menyediakan akses mudah kepada peserta dari pelbagai lokasi
               yang jauh malah menjimatkan masa dan usaha pengkaji kerana pengumpulan data
               dilaksanakan secara automatik (Wright, 2005). Selepas ditambah baik berdasarkan
               maklum balas kajian rintis tersebut, borang soal selidik  tersebut diedarkan kepada
               kesemua  15  orang  siswa  pendidik  yang  terlibat  dalam  projek  menerusi  aplikasi
               WhatsApp.  Cronbach  Alpha  digunakan  untuk  mengukur  kesahan  dan  keboleh
               percayaan instrumen dalam kajian rintis ini. Dalam kebanyakan situasi kajian sains
               sosial, pekali kebolehpercayaan .70 atau lebih tinggi dianggap "boleh diterima" (Taber,
               2017). Dalam kajian ini, nilai alpha Cronbach bagi instrumen kajian secara menyeluruh
               adalah  sangat  tinggi,  iaitu  0.98.  Perincian  nilai  alpha  Cronbach  mengikut  enam
               konstruk item adalah seperti yang dirumuskan dalam Jadual 1.

               Jadual 1: Rumusan Dapatan Nilai Alpha Cronbach Mengikut Konstruk Item
               Instrumen Kajian Rintis


                Konstruk Item                   No Item                  Nilai Alpha Cronbach


                 (1) Komunikasi                      1 – 2                         0.60


                 (2) Pemikiran kritis              3 – 11                          0.95



                 (3) Pemikiran kreatif             12 – 15                         0.94


                 (4) Kolaborasi                    16 – 19                         0.91


                 (5) Kewarganegaraan               20 – 22                         0.93



                 (6) Karakter/ Sahsiah             23 – 25                         0.94

                                                   Keseluruhan                     0.98



                       Lima konstruk item didapati berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi,
               iaitu dalam lingkungan julat 0.90 hingga 0.95, kecuali konstruk “Komunikasi’ yang nilai
               alphanya  hanya  0.60.  Walaupun  Ursachi,  Horodnic  dan  Zait  (2015)  menyatakan
               bahawa nilai 0.60 boleh diterima, penyelidik telah menambah bilangan item konstruk
               ini  daripada  2  item  kepada  3  item  bagi  konstruk  ini  menjadikan  bilangan  26  item
               (daripada  asal  25  item)  bagi  soalan  berkaitan  persetujuan  pernyataan.  Tindakan
               penambahbaikan  instrumen  kajian  ini  diambil  berdasarkan  Tavakol  dan  Dennick
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93