Page 87 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 87
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 80
aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penekanan adalah terhadap apa yang dapat
dilakukan oleh pelajar dengan pengetahuan yang diperoleh bukannya semata-mata
memperoleh pengetahuan sahaja. Projek NPDL PDPP Bahasa Jepun: Wa (Harmoni)
dilaksanakan bagi tujuan berikut:
a. Mendedahkan siswa pendidik kepada pengetahuan dan kemahiran
merancang dan melaksanakan NPDL melalui pembelajaran berasaskan
pengalaman.
b. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jepun berasaskan
integrasi kemahiran bahasa dan penggunaan aplikasi TMK yang
bersesuaian.
c. Menyediakan audien dan platform bagi siswa pendidik melaksanakan
pakej pembelajaran bahasa Jepun yang dibangunkan.
d. Membantu siswa pendidik untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan
diri dalam mengurus projek yang telah dirancang.
e. Meningkatkan motivasi belajar dan menambahkan pengetahuan selain
menggalakkan siswa pendidik berfikir secara kreatif dan kritis dalam
perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Jepun.
KAEDAH KAJIAN
Soal selidik terbahagi kepada lima bahagian seperti yang disenaraikan berikut:
a. Impak pembelajaran berdasarkan elemen 6C
b. Manfaat pengalaman pembelajaran
c. Cabaran yang dihadapi
d. Cadangan penambahbaikan projek
e. Lain-lain
Bagi memperoleh maklum balas impak terhadap pengalaman pembelajaran,
responden kajian dikehendaki menyatakan darjah persetujuan mereka mengikut skala
1 hingga 10 bagi 26 pernyataan. 26 pernyataan ini merangkumi enam konstruk yang
berdasarkan elemen 6C, iaitu (1) komunikasi, (2) pemikiran kritis, (3) pemikiran kreatif,
(4) kolaborasi (5) kewarganegaraan dan (6) karakter/sahsiah. Sehubungan dengan
itu, bagi memperolehi maklum balas dan mengumpul data yang lebih spesifik dan
terperinci, tiga item berbentuk soalan terbuka dibina tentang cabaran yang dihadapi,
cadangan penambahbaikan serta hal-hal lain yang berkenaan telah dimasukkan
dalam instrumen soal selidik ini (Bagi butiran lanjut, rujuk Lampiran: Definisi Istilah
Elemen 6C dalam Kajian).

