Page 84 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 84
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 77
benefits. This study provides an insight into assessing the success of an NPDL project,
particularly where real deep learning is concerned.
Keywords: NPDL, elemen 6C, Japanese language teacher education, Japanese
culture
PENGENALAN
Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT) sebagaimana yang tercatat dalam enam aspirasi murid melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Pendidikan Pra Sekolah
hingga Lepas Menengah (2013) dan aspirasi pelajar (PPPM 2015-2025: Pendidikan
Tinggi, 2013) adalah untuk melahirkan modal insan unggul yang cemerlang secara
menyeluruh. Berikutan daripada itu, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) telah
dilancarkan. TS25 menekankan supaya pedagogi guru memaksimumkan pelibatan
pelajar melalui penerapan elemen 4K 1N (komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis dan
nilai). Lantaran itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan dalam
sistem pendidikan kebangsaan sebagai satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik,
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani)
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PBS bertujuan
untuk melihat kemajuan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid
secara adil dan saksama serta mendapatkan gambaran keseluruhan tentang potensi
murid. Salah satu strategi untuk membantu siswa pendidik memperoleh pengetahuan
dan kemahiran tentang PBS ini adalah menerusi pembelajaran berasaskan
pengalaman.
Pada masa kini, sekolah dan institut pendidikan guru semakin ghairah
berusaha untuk mendidik pelajarnya bagi mencapai kecekapan berfikir secara kreatif
dan kritis, menyelesaikan masalah dunia nyata, mengamalkan komunikasi berkesan,
melaksanakan projek secara berkolaboratif, saling menghormati budaya,
mengembangkan kreativiti, dan memanfaatkan hubungan global. Pendek kata,
matlamat utamanya adalah untuk menganjakkan tanggungjawab pembelajaran
daripada guru kepada pelajar iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar yang menjurus
ke arah pembelajaran bersifat peribadi (personalised) yang bermakna. Hal ini
bermakna bahawa guru menyesuaikan pengajarannya dengan keperluan, minat, dan
kemampuan pelajar individu untuk memastikan setiap pelajar dapat mencapai
standard yang setinggi mungkin.
Selaras dengan pengenalan pedagogi terkini, iaitu NPDL, aplikasi
pembelajaran abad 21 yang berteraskan kompetensi 4C yang sedia ada telah
ditambah dengan character (karakter) dan citizenship (kewarganegaraan). Insan yang
dapat menguasai kompetensi 6C tersebut diharap dapat berdaya saing dalam

