Page 97 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 97

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 90


               LAMPIRAN

               Definisi Istilah Elemen 6C dalam Kajian

               Komunikasi merujuk kepada kemahiran menyampaikan maklumat dengan cara yang
               jelas,  ringkas  dan  bermakna.  Ini  juga  menunjukkan  pendengaran  dan
               mengartikulasikan pemikiran dengan teliti. Komunikasi mempunyai pelbagai tujuan:
               memberi maklumat, memberi petunjuk, memotivasi, dan meyakinkan.

               Pemikiran  kritis  merujuk  kepada  proses  menyaring,  menganalisis  dan
               mempersoalkan  kesahihan  maklumat/kandungan  yang  terdapat  dalam  pelbagai
               media, dan mensintesiskan maklumat dalam bentuk yang mempunyai nilai kepada
               pelajar  iaitu  membolehkan  pelajar  memahami  isi  kandungan  yang  disajikan  serta
               menerapkannya dalam kehidupan sehariannya.

               Kreativiti merujuk kepada kemampuan untuk mencipta sesuatu yang baharu atau
               membuat  sesuatu  dengan  cara  yang  baharu  dengan  memanfaatkan  pengetahuan
               sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam situasi kehidupan nyata.

               Kolaborasi merujuk kepada kemahiran menggunakan pelbagai keperibadian, bakat,
               dan pengetahuan dengan cara yang menghasilkan output maksimum atau memberi
               manfaat kepada seluruh masyarakat atau kumpulan. Akibat sinergi kumpulan, output
               yang sama mempunyai nilai yang lebih besar daripada jumlah nilai bagi setiap hasil
               individu.

               Kewarganegaraan melibatkan konsep pengetahuan global, penghormatan budaya,
               dan  kesedaran  tentang  alam  sekitar  yang  penting  bagi  seseorang  individu  untuk
               berhubung dengan persekitarannya - baik budaya mahu pun masyarakat.

               Karakter/sahsiah merujuk kepada pemerolehan dan pengukuhan sifat terpuji, nilai
               dan  keupayaan  membuat  pilihan  yang  bijak  demi kesejahteraan  diri,  komuniti  dan
               negara.
                                       (Diadaptasi daripada New Pedagogies for Deep Learning, n.d)
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102